Bajet 2023 mungkin tidak akan diluluskan di Parlimen

Hebahkan !!!

Ada desas-desus yang mengatakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan diadakan selepas selesai pembentangan Bajet 2023 dan selepas ia diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Biasanya, Menteri Kewangan akan membentangkan belanjawan pada bulan Oktober di Dewan Rakyat sebelum ia dibahaskan dalam sidang Parlimen yang memakan masa agak lama sebelum diundi untuk diluluskan. Biasanya undian dilakukan dengan cara belah bahagi.

Dengan komposisi dan keadaan kerajaan Keluarga Malaysia sekarang berdiri, agak mustahil untuk melihat peluang bagaimana bajet tahun depan akan dapat diluluskan dengan mudah.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini mendapat sokongan majoriti 114 orang Ahli Dewan Rakyat yang terdiri dari pelbagai parti dan pembangkang turut menyokong kepimpinan kerajaan melalui memorandum persefahaman (MoU) untuk mengekalkan kestabilan politik.

Biasanya perkara melibatkan belanjawan, parti pembangkang dan parti kerajaan biasanya ada gaya mereka tersendiri untuk bajet jika menjadi kerajaan. Tidak akan berlaku pembangkang akan menerima belanjawan yang dibentangkan oleh kerajaan kerana mereka ada pandangan mereka sendiri.

Jadi, jika kerajaan Keluarga Malaysia membentangkan bajet nanti, jika ada hanya dua atau tiga orang wakil rakyat tidak mengundi menyokong Bajet 2023 tidak akan diluluskan. Apabila negara tidak ada belanjawan untuk tempoh setahun kerajaan sedia ada boleh runtuh.

Dalam komposisi di Dewan Rakyat ada empat orang Ahli Parlimen yang sudah dikenalpasti bermasalah.

Ahli Parlimen Gua Musang dari UMNO Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li sekarang ini pada asasnya tidak menyokong kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri dan beliau di dalam Parlimen duduk di blok berkecuali.

Selepas Bajet 2023 dibentangkan Ku Li sudah pasti tidak menyokong kelulusan bajet berkenaan.

Selain itu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin yang baru-baru ini umum keluar dari Parti Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia juga masih belum tentu menjamin sokongan kepada bajet walaupun kekal sebagai Menteri.

Ahli Parlimen pembangkang yang lain dari Pakatan Harapan (PH) sudah tentu tidak akan sesekali menyokong bajet berkenaan. Risiko amat besar untuk kerajaan pimpinan Ismail Sabri untuk membentangkan bajet yang akan diluluskan di Parlimen dengan komposisi sebegini dalam Dewan Rakyat.

Pada 2009, Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa itu hampir gagal diluluskan apabila kerajaan BN menang tipis dengan majoriti tiga undi iaitu 66 BN menyokong sementara 63 menolaknya.

Pada masa itu Najib dan Timbalan Perdana Menteri pada masa itu iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa bergegas ke Parlimen untuk menyertai undian meluluskan bajet yang diadakan lewat malam 15 Disember 2009.

Walaupun dengan kerajaan yang stabil sebegitu ada kemungkinan bajet tidak akan diluluskan apa jaminan Bajet 2023 dengan kerajaan yang didirikan atas sokongan rapuh 114 Ahli Parlimen dari pelbagai parti yang bukan dalam BN boleh menang undian dan ia diluluskan.

Leave a Reply