Singapura umum kes cacar monyet sudah direkodkan di negara itu

Hebahkan !!!

SINGAPURA – Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan menerima laporan kes import jangkitan cacar monyet di negara berkenaan.

Channel News Asia melaporkan, pesakit merupakan warganegara Britain berusia 42 tahun, bekerja sebagai kru kabin sebuah syarikat penerbangan.

Jelas kementerian, lelaki berkenaan berada di Singapura antara 15 hingga 17 Jun dan sekali lagi pada 19 Jun ketika dia terbang masuk dan keluar dari Singapura.

Dia diuji dan disahkan positif jangkitan cacar monyet pada 20 Jun lalu.

Pesakit tersebut kini menjalani rawatan di Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID) dan berada dalam keadaan stabil.

Kementerian Kesihatan memaklumkan, pihaknya sedang menjalankan operasi menjejaki kontak rapat.

Leave a Reply