Perubahan iklim faktor Bangladesh dilanda banjir ketika ini

Hebahkan !!!

Pakar kaji cuaca mendedahkan perubahan iklim antara faktor hujan luar biasa yang menyebabkan banjir besar di Bangladesh ketika ini.

Musim hujan pula memburukkan lagi keadaan susulan kenaikan suhu dunia.

Perkara itu didedahkan Saintis di Institut Kajian Impak Cuaca Postdam di Universiti Columbia Anders Levermann.

Katanya, kenaikan suhu dunia menyebabkan lebih banyak air tersejat ke udara yang akan membentuk hujan lebat.

Bangladesh antara negara paling terdedah kepada bencana dan perubahan alam sekitar.

Kira-kira 3.5 juta penduduknya sering terancam dengan kejadian banjir besar setiap tahun.

Bencana alam itu turut mengganggu sektor agrikultur, infrastruktur dan air bersih.

Leave a Reply