Bila kena batang hidung sendiri, ada pemimpin pembangkang seperti kena “amnesia”

Hebahkan !!!

Ada satu perkara akan berlaku kepada beberapa orang pemimpin pembangkang iaitu apabila ada satu kejadian terkena pada “batang hidung” mereka sendiri, mereka seakan-akan diserang amnesia selepas itu.

Amnesia adalah satu keadaan iaitu seseorang mengalami hilang ingatan atau terlupa.

Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau tidak ingat dan sudah lupa siapa yang bertemu dengan beliau baru-baru ini.

Minggu lepas, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak dipercayai bertemu beberapa wakil dari parti PKR di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.

“Sheraton Hotel? Saya pergi banyak hotel, saya tidak ingat hotel yang mana,” katanya seperti dipetik portal berita Malaysia Gazette di Sungai Rusa, Pulau Pinang pada dua hari lepas.

Sebenarnya Azmin dipercayai cuba berunding dengan beberapa wakil dari PKR untuk berpakat bersama dan meninggalkan parti mereka iaitu Bersatu dan mahu menyokong pembangkang.

Tidak lama selepas itu, PKR mengeluarkan kenyataan bahawa mereka enggan bekerjasama dengan Azmin.

Bukan itu sahaja yang Azmin terlupa, sebelum ini insiden video seks melibatkan lelaki yang mirip sangat dengan Azmin di Hotel Four Points, Sandakan pada Mei 2019 juga Azmin lupa.

Bagi mereka mudah sahaja dengan menjawab mereka lupa dan tidak tahu apa-apa jika mereka sudah tersepit.

Seorang lagi pemimpin pembangkang yang terlupa dan amnesia bila ada sesuatu berlaku kepada beliau sendiri ialah Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau lupa bahawa perbuatan beliau meletakkan jawatan secara tiba-tiba sebagai Perdana Menteri di bawah Pakatan Harapan (PH) selepas menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 2018 menyebabkan keadaan politik di Malaysia kucar-kacir sehingga hari ini.

Mahathir sebaliknya menyalahkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penyebab kegagalannya sebagai Perdana Menteri pada masa itu.

Leave a Reply