Pendakwaan akan buktikan semua kesalahan Syed Saddiq berniat jahat dan tidak jujur

Hebahkan !!!

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan dalam kes Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berdepan empat pertuduhan berkaitan pecah amanah dan pengubahan wang haram akan membuktikan kesemua kesalahan yang didakwa dilakukan Ahli Parlimen Muar itu adalah berniat jahat dan tidak jujur.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin yang mengetuai pasukan pendakwaan berkata pihaknya akan bergantung kepada kombinasi keterangan terus, ikut keadaan dan dokumentar dalam membuktikan kes terhadap tertuduh.

“Keterangan di bawah Seksyen 6, 7, 8 dan 9 Akta Keterangan 1950 langsung tidak memihak kepada tertuduh.

“Kami juga tidak akan menggunakan anggapan di bawah Seksyen 409A Kanun Keseksaan dalam membuktikan kes kami ke atas tertuduh kelak,” katanya semasa membaca pernyataan pembukaan pendakwaan pada hari pertama perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid.

Syed Saddiq, 29, yang memakai kemeja batik biru tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira jam 9 pagi tadi.

©Astro Awani

Leave a Reply