Latheefa Koya perlu menjawap Dakwaan saksi Kes Zahid menyogok 6 orang lain.

Hebahkan !!!

Semakin melalut nampak nya kes perbicaraan berkaitan dakwaan rasuah dan AMLA terhadap Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang sedang berlansung.

Pengakuan terbaru dari salah seorang saksi  David Tan bahawa selain Datuk Ahmad Zahid Hamidi, ada enam lagi penerima dana yang telah diberi oleh syarikat nya Ultra Kirana Sendirian Berhad.

Persoalan timbul , jika dalam siasatan SPRM sudah nampak nama nama mereka , kenapa pula mereka tidak didakwa sama dengan Zahid Hamidi?
Maka , dengan pertanyaan ini dan kekeliruan ini, jelas sekali bekas Ketua pengarah SPRM Lateefa Koya perlu tampil untuk menjawap.

Ini isu besar dan juga isu penyalahan guna kuasa yang sangat jelas.

Adakah ini yang dimaksudkan sebagai “pendakwaan terpilih” atau pun pendakwaan politik?

Malah , lebih teruk, SPRM era Pakatan Harapan boleh didakwa bersekongkol dengan parti politik untuk mendakwa pemimpin UMNO sahaja dan melindung pemimpin parti lain termasuk melindung pemimpin UMNO yang tidak sebulu dengan Presiden UMNO.

Maka, pihak tertinggi seperti Polis dan SPRM sendiri harus memanggil bekas Ketua Pengarah nya Latheefa Koya untuk menjawap kenapa ini boleh terjadi , dan jika ada usaha menyembunyi maklumat atau bersekongkol membantu parti politik tertentu dakwaan harus dikenakan terhadap nya.

Perkara ini sangat penting kerana pemimpin UMNO berisiko di penjarakan sementara yang terkait sama masih bebas kemana mana.

Leave a Reply