Kerajaan PH bertanggungjawab buat rakyat sengsara tanggung masalah pengangkutan awam

Hebahkan !!!

Sejak kebelakangan ini, sistem pengangkutan awam Transit Aliran Ringan (LRT) sering berlaku masalah sehingga ramai orang lewat ke destinasi untuk bekerja dan menyelesaikan urusan masing-masing.

Keadaan di stesen yang sesak dengan orang ramai berpusu-pusu memburukkan lagi masalah serta keadaan menjadi kecoh gara-gara tren dan sistem yang bermasalah.

Kekerapan tren dalam perjalanan LRT juga dilihat semakin lambat iaitu kira-kira 5 hingga 6 minit di waktu puncak pada hari bekerja.

Sebelum kerajaan Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 2018, sistem pengangkutan awam amat efisien dengan kekerapan 1 – 2 minit sahaja untuk tren LRT laluan Kelana Jaya tetapi kini kekerapannya semakin lambat selepas PH menang dan selepas kerajaan PH tumbang.

Ketika PH berkuasa dan Menteri Kewangan ialah Lim Guan Eng Projek LRT3 telah dikurangkan kos sebanyak 47 peratus daripada RM31.65 bilion kepada RM16.63 bilion kononnya dapat menjimatkan wang sebanyak RM15.02 bilion.

Ini menunjukkan kerajaan PH yang buat rakyat sengsara menanggung masalah ketika ini akibat masalah pengangkutan awam.

Antara langkah utama yang diambil untuk mengurangkan kos projek ini ialah mengurangkan jumlah tempahan 42 set tren 6-koc kepada 22 set tren 3-koc.

Dikatakan 22 set tren berkenaan sudah memadai untuk menampung jumlah penumpang yang dijangkakan menggunakan perkhidmatan ini sehingga tahun 2035.

Belum pun sampai tahun 2030, keadaan sudah jadi masalah. Dengan jajaran laluan LRT yang semakin panjang sudah tentu jumlah tren perlu ditambah lebih banyak.

Tren yang lebih panjang sudah tentu diperlukan untuk menampung penumpang yang ramai di setiap stesen berbanding tren yang pendek.

Masalah ini ibarat bom jangka yang akan berlaku ekoran orang ramai sudah kembali bekerja dan menggunakan pengangkutan ketika fasa peralihan pandemik COVID-19 sekarang ini.

Itulah yang disebut oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hantaran di laman Facebooknya semalam berkaitan kelewatan dan masalah melibatkan LRT.

Kalau dah jumlah tempahan tren baharu dipotong dan jadi lebih pendek sudah pasti masalah akan berlaku.

“Sebab itu, sasaran tren LRT1 dan LRT2 sepatutnya 3 minit tetapi telah dilambatkan kepada 6 minit akibat masalah penyelenggaraan serta kegagalan menambah tren baharu selepas PRU14 (negara dah bankrap, kan?),” kata Najib dalam hantaran berkenaan.

Panjang platform di stesen juga telah dipendekkan membuatkan sekarang kalau henda guna tren yang lebih banyak gerabak pun tidak boleh sebab ia tidak akan dapat memuatkan tren berkenaan ketika berhenti.

Sudah pasti untuk memperbetulkan keadaan ini memakan masa.

Orang ramai pula yang mungkin ada lebihan wang sedikit yang disimpan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan menggunakan wang untuk membeli kereta baharu dan elak dari guna pengangkutan awam.

Ini pula menyumbang kepada berlakunya kesesakan lalu lintas yang makin teruk di bandar-bandar utama dalam negara khususnya di Kuala Lumpur.

Satu langkah segera dan drastik perlu diambil untuk memperbaiki keadaan yang semakin hari semakin meruncing melibatkan orang ramai yang juga pengguna dan rakyat.

Leave a Reply