Yang di-Pertuan Agong gering, kini dalam pemantauan doktor

Hebahkan !!!

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kini berada di dalam keadaan gering di bahagian kaki.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, Baginda kini sedang menjalani pemeriksaan serta pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

“Walau bagaimanapun, kesihatan Seri Paduka Baginda secara amnya adalah dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad Fadil berkata, program yang telah dijadualkan berlangsung pada hari ini dan juga semua program terdekat yang melibatkan keberangkatan Al-Sultan Abdullah ditangguhkan ke tarikh-tarikh tertentu yang akan diumumkan kelak.

“Baginda dijadualkan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara dalam masa terdekat setelah selesai menjalani rawatan.

“Seluruh rakyat diseru untuk bersama mendoakan semoga Seri Paduka Baginda dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjangan,” ujarnya.

©Astro Awani

Leave a Reply