Berapa lama Pejabat Peguam Negara hendak perap kes rasuah Zeti dan Nazlan?

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad.

Ramai tertanya , apa sudah jadi kepada kertas siasatan (IP) oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia , yang sudah lengkap berkenaan Zeti Akhtar dan Nazlan Mohd Ghazali?

Ditahap mana sekarang kes kedua orang lantikan Mahathir semenjak diserah kepada pejabat Peguam negara?

Peguam Negara perlu umum dengan kenyataan baru apa yang akibatkan pejabat nya belum keluar surat dakwaan lagi.

Kes ini ada lah ‘public concern’

Ketika hendak mencipta banyak kes terhadap Najib Razak dan Zahid Hamidi, begitu pantas sekali banyak kes dapat disiapkan.

Kenapa pula apabila babit dua kuncu Mahathir , kes dilayan dalam keadaan ‘snail pace’ pula.

Arahan siapa yang Peguam Negara tunggu?

Bagaimana negara hendak pulihkan imej dan kurangkan defisit kepercayaan jika lambat untuk mendakwa mereka mereka ini seolah olah ada tangan ghaib yang menguasai Peguam Negara.

Sudahlah baru sahaja ada demosntrasi dilakukan untuk menghalang perasuah dari didakwa.

Negara menuju ke hala mana?

Peguam Negara sudah tidak lagi boleh ‘delay’ kes berprofil tinggi ini kerana ada orang sudah hendak dipenjaraan kerana kepincangan dalam pengendalian kes di mana dua watak yang belum didakwa ini terbabit secara terus dalam kes 1MDB/SRC.

Hukuman telah dijatuhkan Ketika banyak maklumat di sembunyikan.

Selain itu bukti baru dihalang untuk diselitkan atas sebab teknikal dan bukan sebab keadilan.

Mengikut Tarikh kertas terhadapZeti sudah dilengkapkan pada bulan Januari tahun ini.

 

Dan kertas terhadap Nazlan pada bulan awal bulan Jun.

Jangan sampai Peguam Negara dilihat sebagai tidak efisien oleh rakyat, lebih teruk jika dilihat Peguam Negara berada di bawah pengaruh VIIP tertentu yang ada kepentingan terkait dengan kes ini.

Rakyat berhak tahu sejauh mana Tindakan atau apa masalah yang dihadapi oleh Pejabat Peguam Negara berkaitan kes ini.

Sesuatu pengumuman perlu di buat dengan kadar segera.

Leave a Reply