Bas ekspres terbalik di Bachok, 10 penumpang alami detik cemas

Hebahkan !!!

BACHOK – Sepuluh penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbalik di Kampung Bator, di sini, pukul 5.30 pagi tadi.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaludin berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Jelas beliau, kesemua mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan hanya melibatkan kecederaan ringan.

“Siasatan mendapati bas ekspres tersebut dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Jelawat untuk menghantar penumpang.

Apabila tiba di lokasi kejadian, secara tiba-tiba bas berkenaan hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik di tepi jalan,” katanya.

Tambah beliau, usaha mengalih dan mengangkat bas telah dijalankan oleh pihak pengurusan bas itu pada pukul 11 pagi.

©Berita RTM

Leave a Reply