Majlis Peguam berhimpun bantah siasatan terbuka ke atas Hakim

Hebahkan !!!

KUALA LUMPUR – Majlis Peguam (BAR) mahu siasatan ke atas hakim yang sedang bertugas di mahkamah-mahkamah di negara ini dijalankan secara senyap-senyap dan bukan dijalankan secara terbuka dan ia diumumkan kepada umum.

Itu kata-kata dari seorang dari wakil Majlis Peguam yang bercakap di depan kira-kira 400 orang peguam dalam perhimpunan Berjalan “Untuk Kebebasan Badan Kehakiman” yang diadakan di Padang Merbok pagi tadi.

Program berkenaan diadakan susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas satu blog politik membuat beberapa dakwaan terhadapnya berkaitan kes melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut BAR, siasatan ke atas Mohd Nazlan tidak sepatutnya diumumkan secara terbuka tetapi ia disiasat secara dalaman dan tidak perlu didedahkan kepada umum kerana menjaga kebebasan badan kehakiman.

Pada awal program Pengerusi Jawatankuasa Majlis Peguam, Roger Chan ketika berucap berkata perhimpunan itu dianjurkan oleh Majlis Peguam kerana mereka mewakili para hakim dalam institusi kehakiman yang dikatakan sudah diganggu pihak tertentu.

Dalam perhimpunan hari ini, mereka merancang untuk berjalan kaki beramai-ramai ke bangunan Parlimen untuk menyerahkan memorandum mempertahankan kebebasan badan kehakiman kepada kerajaan.

“Oleh kerana para hakim berada di atas sistem kehakiman untuk mengadili kes perbicaraan, jadi mereka tidak perlu turun sebaliknya biarkan kami para peguam berhimpun untuk mereka di sini,” katanya.

Beliau berkata program berkenaan juga dihadiri oleh pihak polis yang diarahkan untuk menjatuhkan semangat para peserta perhimpunan untuk menghalang mereka dari berarak ke Parlimen.

Program berkenaan diadakan susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas satu blog politik membuat beberapa dakwaan terhadapnya berkaitan kes melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Percubaan mereka untuk berjalan ke Parlimen selepas itu gagal selepas anggota polis yang bertugas menjaga kawasan Padang Merbok menghalang mereka untuk meneruskan pergerakan ke Parlimen.

Roger dan beberapa pemimpin BAR dilihat berbincang dengan polis untuk membenarkan mereka berjalan ke Parlimen tetapi gagal.

Semasa perbincangan, ada teriakan meminta polis membenarkan pergerakan dan polis dituduh bersekongkol dengan pihak yang mengganggu sistem kehakiman negara.

Para peserta kemudian ada menyanyikan lagu Negaraku dan membaca Rukun Negara bersama-sama untuk cuba melakukan desakan supaya pihak polis membuka halangan dan membenarkan mereka berarak ke Parlimen.

Difahamkan memorandum berkenaan diserahkan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang hadir ke Padang Merbok untuk menerima memorandum dari Presiden BAR, Karen Cheah.

Turut hadir pada perhimpunan berkenaan ialah bekas Peguam Negara Tommy Thomas, Bekas Presiden BAR, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Peguam, Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim.

Leave a Reply