Hujah pendakwaan Tak cukup Kuat , Teresa Kok Goyang dengan Queen counsel Najib

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad

Pendakwaan berkenaan kes 1MDB terhadap Najib Razak semakin melalut.

Selain Pendakwaraya cuba jadikan salah sorang tertuduh menjadi saksi (Arul Kanda) pendakwa juga gusar dengan kemasukan Queen Councel kedalam mahkamah.

Arul Kanda ditawarkan menjadi saksi pendakwa sahaja sudah terlihat ketandusan saksi dan bukti.

Dalam kes DSNR yang lain, saksi penerima rasuah Tim Leisnner dijadikan saksi untuk tawaran mereka supaya  tidak didakwa.

Hasil nya banyak sangat keterangan dan bukti mulut sahaja tanpa bukti solid berbanding pembela.

Apa pun kenyataan saksi pendakwa  yang menyebut nama Jho Lo tidak dapat di’verify’ atas sebab tuan empunya badan Jho Lo tiada dalam mahkamah.

Begitu juga Nik Fesal.

Sama ada kenyataan saksi terhadap Jho Lo dan Nik Fesal betul atau tidak siapa pun tidak dapat sahkan.

Maka itu lah sebab dikata  rumusan  dikatakan sangat lemah.

Jika bukti tersangat kukuh dan ‘hard evidence’ begitu jelas, pasti pendakwa tidak perlu bimbang , waima peguam dari planet mana pun yang datang.

Namun, akibat kes terjadi atas rekaan dan agenda memenjarakan Najib telah  siap lebih awal dari sebelum buka kes , seperti Sri Ram pergi kerumah Tan Sri Appandi Ali, maka pendakwa agak kalam kabut dan mencari alasan remeh temeh untuk menafikan peguam dari Queen Counel dari hadir dalam mahkamah.

Majlis Peguam cuba mengalihkan isu hakim mendakwa Najib disiasat terima rasuah oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah dengan mengalih kan isu rasuah menjadi isu “Separation of powers”.

Ini bertujuan untuk menakut nakut kan SPRM suaya jangan siasat lagi puak hakim dan peguam.

Berkemungkinan kes Nazlan sekadar “tips of the iceberg” sahaja.

Mungkin jika ada puak lebih berani menyelongkar pasti banyak lagi kes boleh di dedahkan.

Jika tidak salah tentu tidak perlu takut.

Nampak nya puak puak yang tidak suka kehadiran QC hanya mereka yang suka melalak “justice” dan “rights”  jika kena pada pihak mereka , namun bila pihak lain mahukan keadilan , banyak pula alasan untuk menghalang.

Terkini, wakil DAP , Teresa Kok pula bersuara berkenaan kemasukan QC dari U.K.

Kenapa pihak DAP sangat takut kita pun tidak faham jika konon nya bukti Najib bersalah tersangat kuat.

Apa masalah nya?

 

Najib dinafikan banyak hak untuk membela.

Biarkan sahaja QC bawa laporan kes penuh kecacatan (tanpa watak utama Nik Fesal dan Jho Lo) ke mahkamah dunia ICJ.

Hakim hakim dan pendakwaraya  yang hebat yang menghukum Najib tentu boleh menjawap kenapa bukti baru di halang di bicara pada dua mahkamah pertama , kenapa hakim pilihan sistem ditukar kepada hakim pilihan telunjuk disaat akhir , dan kenapa hakim ada “conflict of interest” dilantik jadi hakim serta pendakwaraya yang dapat duit 1MDB menjadi pendakwa sedangkan Tan Sri Shafie didakwa?

Jika boleh menjawap ini semua , apa DAP takut kepada QC?

Ni jelas, DAP salah satu badan yang tidak mengamalkan keadilan apabila keadilan itu tidak memihak kepada mereka.

Dan soalan utama , apa kepentingan DAP jika tiada QC dalam kes Najib?

Leave a Reply