Nga Kor Ming patut cuba ingat kembali janji apa yang gagal dikotakan oleh PH

Hebahkan !!!

Melihat kepada video ceramah pemimpin DAP, Nga Kor Ming yang kata Malaysia lebih hebat daripada India yang ada bangunan bersejarah Taj Mahal, nampak sangat Nga Kor Ming guna pendekatan jenaka untuk menyampaikan mesej politiknya.

Begitulah kalau sudah berada dalam negara yang kerajaannya sudah melakukan segalanya untuk bantu rakyat, pembangkang sudah kehabisan modal.

Kerja mudah, gunalah jenaka dalam ceramah politik.

Ahli Parlimen Teluk Intan itu kata rakannya baru balik dari India kata di sana ada Taj Mahal, tapi Malaysia lebih hebat ada tol mahal, sayur mahal, daging mahal, roti canai mahal berjenaka kepada penonton yang dipercayai hanya terdiri daripada orang-orang tua.

Kor Ming sepatutnya sorot kembali sejarah ke tahun 2018 sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 ketika beliau bersama para pemimpin Pakatan Harapan (PH) lain menaburkan janji-janji kepada pengundi ibarat menabur dedak memberi ayam makan.

Pada mereka pengundi tidak boleh fikir panjang sampai buat janji macam-macam.

Tol mahal? Mereka yang janjikan untuk mansuhkan tol dalam masa 100 hari tapi PH yang gagal selepas menang PRU14 pada masa itu.

Harga petrol? Pemimpin PH yang berjanji harga minyak turun kepada pengundi, dalam masa 100 hari, tapi mereka yang gagal turunkan.

Selepas DAP di bawah PH gagal lunaskan janji yang dibuat, dan Perdana Menteri mereka Tun Dr Mahathir Mohamad letak jawatan, kerja senang untuk hanya salahkan Barisan Nasional (BN) tak buat itu tak buat ini.

Tidak ada pun usaha untuk DAP atau parti lain dalam PH untuk mengaku kegagalan mereka kerana tidak lunaskan janji-janji pilihan raya yang dibuat.

Pengundi harus buka mata dan minda untuk nampak perbuatan mereka ini.

Sebelum pilihan raya janji lain, selepas pilihan raya kata lain. Betapa rakusnya mereka ini dengan kuasa sampai masalah rakyat boleh jadi bahan jenaka dalam ceramah.

Kalau guna jenaka, apa sahaja janji boleh dicakap, tapi kalau guna fakta mereka tak boleh menipu. Masalahnya mereka tidak ada fakta yang boleh digunakan untuk memburukkan BN.

Berhentilah dari guna kesusahan rakyat untuk kepentingan politik. Sudah menang tapi tak tahu jalankan peranan, selepas itu senang-senang salahkan orang lain.

Leave a Reply