Lelaki mengaku tak bersalah jual gambar lucah di Twitter

Hebahkan !!!

SEPANG – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah menjual gambar lucah di Twitter, di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohammad Hafizzul Anas Kamaruzaman, 30, selaku Orang Kena Saman (OKS) melakukan kegiatan berkenaan menggunakan akaun dengan nama @lelakilelakise1 dalam keadaan sedar memberikan komunikasi lucah bagi maksud komersil.

Bagi hantaran yang dilihat pada 17 Mei 2019, jam 10.50 pagi di Tingkat 8, Menara MCMC 1, Jalan IMPACT, Cyber 6, di Cyberjaya, OKS didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233(2)(a) Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya sebanyak RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Nazrul Nizam Mohd Zameri manakala OKS tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 19 Julai bagi sebutan semula kes.

©Berita Harian

Leave a Reply