Cubaan Majlis Peguam alih Isu Rasuah Hakim , kepada Isu “Separation of powers”

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad

Majlis Peguam tidak faham terma “Conflict of interest” tapi faham terma “Separation of powers”.

Jika rakyat berharap badan badan yang

ditubuhkan untuk menjaga kebajikan rakyat atau keluhuran undang undang akan menjadi jaguh pembela rakyat , maka andaian itu sudah pasti meleset.

Jika rakyat sangka ketidakadilan dan pendirian ‘bias’ pihak tertentu dalam mengendali kes Najib Razak, akan ditegur dan di kritik oleh badan tertentu atas nama “justice” , pun rakyat akan kecewa juga.

Ini kerana badan yang diharapkan seperti Majlis Peguam tidak ‘rise to the occasion” apabila di perlukan.

Mereka berdiam diri pada banyak perkara yang tidak memihak kepada pendirian dan kepentingan pihak mereka.

Namun, jika ada kepentingan menjaga periuk nasi mereka , atau puak yang sekandang dengan mereka , baru lah Majlis Peguam akan muncul.

Ini secara terang terangan adalah pelanggaran etika dan ketirisan prinsip.

Rakyat juga sering bertanya mana pergi badan seperti Majlis Peguam apabila banyak kes digugurkan, banyak ketidak adilan berlaku Ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan.

Malah kalangan rakyat ada yang menduga dengan kenyataan , bila kena palit kepada puak sendiri baru Majlis Peguam akan bangkit.

Ternyata andaian mereka tepat seratus peratus.

Kini apabila Majlis Peguam bersekongkol dengan watak seperti Ambiga untuk mengadakan demo “walk for justice” , ia hanya menjadi bahan gelak ketawa sahaja.

Ia di anggap segerombolan ahli sarkis mengadakan promosi untuk pertunjukan sarkis mereka.

Cubaan mengalihkan isu seorang hakim berkemungkinan melakukan rasuah yang disiasat badan pencegah rasuah cuba dialihkan dengan andaian bahawa badan kehakiman sudah diceroboh dan pelanggaran terma “Separation of powers” telah terjadi.

Sedangkan isu tersangat ‘straight forward” dan jelas , bahawa kemungkinan Hakim telah menerima sogokan dengan wang tunai telah masuk kdalam akaun nya.

Mungkin jika nama Hakim itu ditukar menjadi Najib Razak , maka mungkin Majlis Peguam akan melalak sekuat hati sehingga terkeluar urat leher mahukan diseret ke penjara,

Tindakan Majlis Peguam yang berpihak kepada parti politik Pakatan Harapan juga menakut dan mengusarkan rakyat.

Kerana pendirian songsang Majlis Peguam masuk campur urusan siasat jenayah rasuah seorang individu berbaju hakim , akan membuat rakyat prasangka buruk kepada para hakim kerana pasti akan membuat andian jika ada ahli dan pemimpin Pakatan Harapan bermasalah dengan musuh mereka di mahkamah , maka mereka akan menang kes kerana para hakim ada ‘soft spot’ kepada pemimpin Pakatan Harapan yang pernah membela hakim rasuah.

Selain itu juga ia memberi gambaran , bahawa apa kuasa yang PH tidak dapat melalui undi rakyat PH cuba dapati dari badan kehakiman sebagai kubu terakhir politik.

Ketua kehakiman sepatut nya membuat kenyataan mereka tidak masuk campur dengan anjuran “walk for justice” kerana “separation of powers” di amalkan.

Badan kehakiman harus tunjuk kan mereka tidak berpolitik, itu sepatut yang di pamirkan dan itu lah erti “Separtion of powers” yang sebenar nya.

Tapi , amat malang, mereka pula berdiam diri biarkan andaian dan spekulasi terjadi.

Kini semua nya menjadi tontonan rakyat.

Pada ru15 nanti , hakim yang sebenar akan menjatuhkan hukuman.

Jutaan hakim itu tidak peduli dengan terma”separation of powers” versi songsang.

Apabila mereka menghukum nanti, kerajaan baru akan naik, dan bakal cuci bersih semua sampah sarap.

Leave a Reply