Baru nak Cari saksi kes 1MDB , memalukan .

Hebahkan !!!

 

Umpama beli rantai terlebih dahulu sebelum beli beruk.

Setelah beli rantai baru hendak cari beruk untuk jerut lehernya.

Begitulah dengan halnya dengan kes yang terjadi dengan kes 1MDB yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak.

Pihak pendakwa masih terhegeh hegeh mencari saksi.

Terlalu jelas kes dicipta terlebih dahulu untuk mengujudkan suasana bahawa Barisan Nasional banyak terpalit kes rasuah.

Ini perlu kerana Kerajaan Pakatan Harapan terdiri dari mereka yang hanya pandai mengkritik tapi tidak pandai mentadbir.

Maka apabila ambil alih kerajaan , Pakatan Harapan terpaksa reka kes demi memenuhi fitnah yang dibuat Ketika berkempen menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

Selain itu jumlah kes juga perlu banyak dicipta sejajar fitnah yang dibuat.

Kerana terlalu kemaruk mengenakan, maka laporan audit yang masih bertaraf ‘draft’ yang sememang untuk dilakar dan dipinda mana mana yang tidak betul pun dijadikan kes.

Terkini, pihak pendakwa ketiadaan saksi untuk salah satu kes rekaan nya.

Maka , ketua pendakwa Gopal Sri Ram meminta Arul kanda bekas CEO 1MDB menjadi saksi bagi pihak pendakwa.

Arul pula bersetuju dengan syarat apa apa yang dikatakan oleh nya Ketika memberi keterangan pada siasatan SPRM tidak akan diubah oleh nya.

Bermakna , Arul tetap dengan kenyataan sama tanpa berganjak pendirian.

Semalam tersebar juga kisah salah lapor, apabila banyak media terutama nya Pro Pakatan Harapan melapor kan bahawa Arul Kanda bersetuju menjadi saksi pendakwa dan konon nya bersetuju seperti saksi saksi lain dalam kes 1MDB untuk memberi kenyataan perkena kan Datuk Seri Najib Razak.

Untuk makluman, pada kes Datin Rosmah Mansor , staff nya (Rizal Mansor) telah ditawarkan menjadi saksi dengan pakej dirinya tidak didakwa.

Begitu juga dengan ramai saksi lain dalam kes 1MDB/SRC dimana kakitangan atasan 1MDB dan kerajaan disogok oleh Jho Low seperti perakuan Tim Leissner.

Namun, sehingga kini , kerajaan sisa sisa Pakatan Harapan belum menginzinkan senarai penerima rasuah didedahkan demi untuk melemahkan hujah pihak pembela.

Ini lah yang terjadi dalam negara kita.

Kini pihak Majlis Peguam cuba membela seorang hakim yang menjatuhkan hukuman kepada Datuk Seri Najib Razak.

Hakim Nazlan didapati memiliki sejumlah wang dalam akaun nya yang dia sendiri tidak dapat jelaskan siapa pemberi nya.

Maklumat terbocor wang itu ada lah dari Jho Low.

Namun selagi Peguam Negara belum membuka kes Nazlan dan Zeti Akhtar banyak perkara belum terungkai, dan yang bakal terungkai ada lah pihak konspirator.

Leave a Reply