Nilai BN jauh lebih tinggi dari apa yang diperkatakan oleh Sanusi

Hebahkan !!!

Tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendesak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 diadakan awal kerana takut masuk penjara hanya memperlekeh nilai sebenar BN kepada rakyat.

Nilai BN dan UMNO kepada rakyat jauh lebih besar seperti langit dan bumi untuk berjasa serta menyelesaikan masalah rakyat bukan untuk menyelamatkan individidu tertentu dari perbicaraan mahkamah.

Desakan supaya PRU15 diadakan ialah untuk beri peluang kepada rakyat untuk mengundi kerajaan baharu yang lebih stabil untuk mentadbir negara supaya dasar pembangunan dan masalah dalam negara dapat diselesaikan dengan segera.

Gambar petikan dari portal berita Free Malaysia Today tentang dakwaan Sanusi ke atas Ahmad Zahid.

Keadaan sekarang, dengan kerajaan terdiri daripada pelbagai parti termasuk parti yang menentang BN dalam pilihan raya perjalanan pentadbiran menjadi tidak stabil.

Ada keputusan mesti diambil dengan berhati-hati takut nanti ada yang tarik sokongan dan kerajaan akan tumbang sekali lagi.

Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan beliau pada majlis Konvensyen BN dan sambutan ulang tahun ke-48 baru-baru ini sudah menyatakan bahawa PRU15 bukan soal Ahmad Zahid atau beliau yang masing-masing sedang berdepan dengan perbicaraan mahkamah tetapi ia menjurus kepada kepentingan rakyat.

Kerajaan stabil dengan sokongan majoriti dari parti sekutu mampu mentadbir negara dengan lebih baik.

Najib dan Ahmad Zahid sebelum ini pun tidak pernah memohon untuk menggugurkan kes tanpa sebab malahan mereka komited untuk membersihkan nama di dalam prosiding mahkamah.

Kerajaan BN semasa memerintah, tidak ada rekod secara tiba-tiba menggugurkan kes perbicaraan pemimpin mereka tanpa sebab munasabah.

Semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah selepas PRU14, ada banyak kes mahkamah digugurkan. Itu cara mereka, begitu cepat mereka bertindak selamatkan pemimpin mereka.

Antara kes yang dilepaskan ialah kes rasuah melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, kes Rafizi Ramli dan ada beberapa lagi kes yang digugurkan. Pada masa itu, Peguam Negara ialah Tommy Thomas yang dilantik kerajaan PH yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Lebih dahsyat ialah kes melibatkan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) ke atas 12 individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP digugurkan mahkamah.

Guan Eng dilepaskan dari dua pertuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah banglo di bawah harga pasaran pada awal 2018 ketika pentadbiran BN tetapi kes digugurkan pada 3 September 2018, di bawah pentadbiran PH.

Sanusi sepatutnya melihat semula sejarah kejadian berikut sebelum menuduh Pengerusi BN dengan tuduhan sebegitu rupa. BN bukan rendah nilainya seperti PH yang jadi kerajaan untuk selamatkan pemimpin mereka sendiri yang sedang dalam perbicaraan dalam mahkamah.

Leave a Reply