Kanada tamatkan keperluan suntikan vaksin COVID-19 untuk perjalanan domestik

Hebahkan !!!

OTTAWA – Kerajaan Kanada umum tamatkan syarat memerlukan suntikan vaksin COVID-19 untuk perjalanan domestik dengan pesawat dan kereta api serta perjalanan keluar antarabangsa.

Laporan CBC News memetik sumber tidak dikenali menyatakan, kerajaan yang menerima kritikan dengan pelaksanaan syarat itu, mungkin akan menetapkan syarat yang sama jika varian baharu virus itu ditemui.

Ketika ini, Kanada menetapkan mereka yang tidak divaksinasi tidak dibenarkan menaiki kapal terbang dan semua kakitangan awam persekutuan perlu mendapatkan vaksinasi COVID-19.

Minggu lalu, negara itu menangguhkan ujian COVID-19 secara rawak di semua lapangan terbangnya bagi bulan Jun ini dalam usaha mengurangkan masa menunggu yang lama yang dihadapi pengembara.

Bagaimanapun, pihak kerajaan enggan mengulas perkara itu.

Leave a Reply