Hujan lebat sebabkan tanah runtuh di Seremban

Hebahkan !!!

Hujan lebat berterusan selama beberapa jam sejak petang dipercayai menjadi punca kejadian tanah runtuh di Jalan Tun Dr Ismail, Taman Bukit Sentosa di Seremban malam tadi yang turut menyebabkan kerosakan pada sebuah pencawang Tenaga Nasional Berhad.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban Jefri Uzus berkata sepasukan anggota dikerahkan ke tempat kejadian pada pukul 8.05 malam.

“Pencawang tersebut mengalami kerosakan pada transformernya. Tanah runtuh itu turut menyebabkan pokok di kawasan sekitar tumbang dan menghempap dua kereta Mercedes Benz dan Volvo yang diletakkan berhampiran.

“Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dan penduduk sekitar dinasihatkan sentiasa berwaspada dan melaporkan kejadian tidak diingini kepada pihak berkuasa dengan segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian berasingan, Pegawai Operasi BBP Seremban II Harzizi Hasim memaklumkan sebuah bilik menggosok pakaian di asrama lelaki sebuah sekolah mengalami kebakaran 40% kira-kira pukul 2 pagi tadi.

Beliau berkata tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden berkenaan dan punca kejadian masih disiasat.

Leave a Reply