Dulu Mahathir Guna Hakim luar negara tak fasih Bahasa Melayu pecat Salleh Abas , apa salah Najib guna QC dari UK?

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Kes yang direka oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk penjarakan Najib Razak semakin melalut.

Sudahlah kerajaan PH menipu rakyat dengan kisah Najib mencuri berbillion-billion, tetapi kes dibuka hanya RM43 juta sahaja, itu pun kes AMLA.

Bermakna kerajaan PH Tun Mahathir telah pedaya rakyat tentang kes 1MDB.

Ada pihak kata PH tidak berani buka kes billion-bilion terhadap Najib Razak kerana jika dibuka yang bakal diseret ke mahkamah adalah pemimpin PH sendiri termasuk Tun Mahathir, kerana pulangan wang 1MDB sudah lesap entah kemana atas sebab hutang 1MDB tidak susut jumlah nya semenjak Najib Razak tidak menjadi Perdana Menteri.

Ketika Najib Razak menjadi Perdana Menteri hutang 1MDB sekitar RM32 bilion, namun setelah kerajaan PH mendapat pulangan dari pihak terbabit , hutang 1MDB masih sama juga jumlah nya.

Mana pergi duit pulangan dari , Abrar, Goldman Sach, AMBANK?

Mana pergi RM500 juta jual kapal mewah Equanimity?

Berbalik kepada topik diatas, mahkamah semalam mendengar hujah pendakwaraya , bahawa pihak pembela tidak layak bawa peguam Queen Counsel kerana antara sebab nya tidak fasih berbahasa Melayu.

Amat cetek antara alasan yang diberi oleh pihak pendakwa.

Selama ini semua orang tahu Peguam Negara kerajaan Mahathir Tommy Thomas juga tidak fasih berbahasa Melayu walaupun bertahun tahun makan beras di Malaysia.

Begitu juga dengan Gopal Sri Ram.

Lebih dahsyat lagi, Tun Mahathir dulu pecat Tun Salleh Abas mengunakan khidmat Hakim luar negara di import masuk mahakamah tribunal Malaysia mendengar kes.

Ada kah mereka fasih Bahasa melayu?

Pergilah bertanya kepada Mahathir atau bertanya kepada mana mana orang yang ada dalam mahkamah Ketika tribunal bersidang.

Kita faham , pihak pendakwa sedang kecelaru dan gelabah, sebab semenjak banyak bukti baru keluar, mereka semakin tertekan.

Sambil pembela bawa bukti ‘hard evidence’ seperti bukti Zeti dari CAD Singapura dan Nazlan dari dokumen Maybank, pendakwa hanya guna kata kata air liur saksi sahaja , selain itu pendakwa perguna hakim mereka.

Maka jika ditambah dengan kehadiran peguam QC , auta dan hujah kebudak budakan sudah tidak lagi releven dan QC pasti mencatat nya dan mengadu pada badan dunia betapa Najib dibicara secara berat sebelah dan dinafikan banyak hak.

Dengan menggunakan hakim yang tidak ‘qualify’ atas sebab masih ‘greenhorn’ dalam bidang jenayah terus dinaik kan pangkat dan di suruh kendali kes berprofil tinggi sebagai kes pertama nya.

Kemudian , didapati hakim Nazlan ada terbabit dengan syarikat yang menjadi bahan kes dimahkamah pula Ketika berkerja di Maybank.

Berganda ganda ‘flawed’ dalam kes ini.

Selain itu , ketua pendakwa Gopal Sri Rm juga didapati miliki wang 1MDB melalui bayaran guaman tetapi tidak diseret seperti yang kena pada Tan Sri Shafie.

Pada sekitar tahun 1988-89 ketika Krisis bersama badan kehakiman, demi hendak memecat Ketua Hakim Tun Salleh Abas , Mahathir telah ‘engage’ hakim luar negara dari Sri Lanka dan Singapura untuk memenuhi Hasrat nya.

Maka Ketika memecat Ketua Hakim, tiada pula timbul sama ada para hakim luar negara itu fasih berbahasa Melayu atau pun tidak.

Kemudian , terlaksana lah kehendak Mahathir memecat Tun Salleh Abas.

Kini dengan alasan remeh yang dibawa oleh pihak pendakwaraya , maka sangat melucukan apa yang sangat ditakuti oleh mereka jika Najib mengunakan khidmat peguam luar negara kerana semakin hari semakin Nampak jelas, hala tuju kes dan seolah olah rakyat sudah dapat membaca keputusan yang bakal diumumkan walaupun belum dibicara dimahkamah terakhir.

Semakn hari semakin teruk imej negara, selain nilai Ringgit semakin susut , saham bursa pula dicampak dengan banyak nya oleh pelabur pada minggu lepas dengan jumlah RM365.9 ratus juta sahaja pada minggu lepas.

Benar kata seorang bekas pemimpin badan Tranperensi yakni Tunku Abdul Aziz, bukan Najib yang dibcara kan, tetapi para hakim dan sistem kehakiman yang sedang dibicarakan.

Pelakuan mereka yang sedang dibicarakan oleh rakyat.

Leave a Reply