Pendedahan terbaru  RPK – Gopal Sri Ram Juga harus di dakwa seperti Tan Sri Shafie dan Hasfarizam.

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

 

Dalam keghairahan untuk mendakwa Datuk Seri Najib Razak, pihak kerajaan Pakatan Harapan di ketuai Tun Mahathir telah menyeret peguam DSNR, Tan Sri Shafie untuk menjawap berkenaan ‘fees’ guaman nya.

Tujuan nya ada lah untuk membentuk persepsi betapa dasyat nya kes 1MDB.

Ini kerana kes hanya rekaan semata mata untuk mengenakan Najib Razak sahaja dan bukan untuk Zeti Akhtar , Nor Yakob atau Rohana.

Maka, untuk Nampak betapa kes sangat ‘betul’ dan sensasi waima kes rekaan, maka bayaran guaman pun dijadikan kes.

Maka terseret lah Tan Sri Shafie untuk menjawap berkenaan bayaran guaman nya , konon konon nya ada kaitan dari wang 1MDB.

Kemudian Peguam UMNO juga diseret untuk menjawap dimahkamah.

Semua dilakukan atas sebab kes terhadap DSNR terlalu lemah, maka perlu disensasikan permainkan minda rakyat.

Kes juga terlalu lemah tanpa bukti sehingga hakim juga mesti diatur dari kalangan yang selari dengan skrip mesti penjarakan Najib.

Hakim yang dipilih melalui sistem pilihan mahkamah ikut giliran yakni Hakim Sopian Abu Bakar ditukar kepada hakim pilihan telunjuk jari , kerajaan Pakatan Harapan (handpicked) hakim Nazlan Mohd Ghazali.

Ini untuk selaras kehendak skrip Najib mesti didapati bersalah.

Kini, tidak semena mena Malaysia Today melalui penulis nya Raja Petra Kamaruddin mendedahkan kisah bahawa Peguam Pendakwaraya Gopal Sri Ram juga ada menerima wang bayaran guaman  dari 1MDB.

Menurut laporan RPK, wang 1MDB itu dibayar pada tahun 2013.

Jika ambil kira van jenazah terkait wang 1MDB pun kerajaan PH jadkan kes, bahkan kain untuk para imam dan bilal melalui syarikat Jakel pun kerajaan PH jadikan kes , kenapa pula Gopal Sri Ram boleh lepas begitu sahaja?

Jangan lupa jemaah haji 1MDB juga dihina sebagai tidak sah oleh Tun Mahathir , semata mata kerana dibiyai wang Yayasan 1MDB.

Begitu lah persepsi yang cuba dibina oleh Kerajaan PH.

Kini , sebaik sahaja  RPK mendedahkan bahawa Gopal Sri Ram juga ada terkait menerima bayaran dari wang 1MDB, persoalan mula timbul.

Kenapa Sri Ram tidak didakwa sama seperti yang dikena kan terhadap  Tan Sri Shafie?

Atau ada rundingan untuk Gopal lepas dengan syarat harus lakukan kerja mendakwa Najib?

Begitu jugakah dengan Hakim Nazlan?

Pendedahan terhadap Gopal Sri Ram oleh RPK kini menjadi kan kes terhadap Najib bertambah lemah (weaken) atas sebab kedua terbabit hakim dan pendakwaraya terkait dengan 1MDB hatta seharus undurkan diri (recuse) dari terbabit dengan kes.

Ini sah satu pelanggaran terma “konflik kepentingan” (Conflict of Interest).

Kes DSNR kini jelas dilaksana kan dengan banyak pelanggaran keadilan (abused of justice).

Jika ketagih juga hendak mendakwa DSNR , sila batalkan kes tercemar ini terlebih dahulu lalu lakukan perbicaraan semula atas “clean slate”.

Hakim bebas dan pendakwaraya tiada kaitan dengan 1MDB dan SRC.

Sementara itu , bersikap jujur dengan juga mendakwa Gopal seperti mana mendakwa Tan Sri Shafie atas sebab yang sama.

Leave a Reply