Parti Anwar sendiri pun lambat selesaikan audit forensik

Hebahkan !!!

Walaupun ketika berdebat bersungguh-sungguh kononnya perjuangkan audit forensik tapi apabila melibatkan parti sendiri audit forensik nampak seperti ditangguh-tangguhkan pula.

Itulah yang berlaku pada diri Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang ini ekoran masalah dalam pemilihan PKR yang membelenggu parti pimpinnanya itu.

Semasa program Debat Perdana antara Anwar dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam ruang beliau Anwar sentiasa bercakap tentang kerajaan perlu melakukan audit forensik ke atas syarikat Sapura Energy Berhad untuk mencari sebab masalah yang berlaku pada syarikat berkenaan.

Di samping itu, Anwar kata mereka yang bertanggungjawab menyebabkan masalah dalam syarikat berkenaan perlu dikenakan tindakan berlandaskan undang-undang jika ada penyelewengan dan salah guna kuasa.

Bagaimanapun, apabila PKR berdepan masalah kepincangan pada sistem pemilihan yang diadakan parti itu, mereka nampak lambat melakukan audit forensik malahan ia dikatakan perlu makan masa yang lama untuk diselesaikan.

Jawatankuasa Pemilihan Parti 2022 (JPP2022) PKR menyatakan ia memerlukan sedikit masa bagi memuktamadkan keputusan pemilihan parti sebelum dibentangkan di Kongres Nasional PKR 2022 nanti.

Menurut Pengerusinya, Dr Zaliha Mustafa ini adalah kerana keputusan tidak rasmi bagi peringkat cabang dan pimpinan utama Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang sudah diumumkan pada 29 Mei lepas sedang diteliti.

Langkah audit forensik itu sehingga menyebabkan kongres parti berkenaan yang sepatutnya diadakan pada 24 Jun ditangguhkan pada 15 Julai untuk beri ruang audit forensik diadakan.

Banyak pihak sudah bercerita, ada perkara berkaitan penipuan dalam pemilihan mahu disorok oleh parti dalam tempoh penangguhan berkenaan.

Kalau Anwar kata beliau akan melaksanakan segera audit forensik jika ada kepincangan atau masalah yang berlaku, sepatutnya beliau akan menyegerakan audit forensik berkaitan pemilihan parti bukannya melengahkannya.

Perlu diingat, pemilihan PKR hampir setiap tahun ada masalah yang berlaku sehingga menyebabkan berlakunya pergaduhan di sana sini.

Anwar pula dilihat tidak biasa mengeluarkan kenyataan mengulas berkenaan pemilihan parti ini apabila ada kontroversi berlaku seakan-akan menutup sebelah mata tidak mengendahkan apa yang terjadi.

Jika Anwar jadi Perdana Menteri, jika ada syarikat yang ada kepentingan beliau, mungkin audit forensik yang dilaksanakan akan dilambatkan pula nanti.

Senario biasa melibatkan Anwar ialah apabila dia berkata lain yang dibuatnya pula akan jadi lain.

Leave a Reply