Najib dijangka akan bebas – Zaid Ibrahim

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

“The evidence is overwhelming” kata Zaid.

Menurut pandangan seorang peguam ‘senior’ Zaid Ibrahim, permohonan membatalkan kes Datuk Seri Najib Razak sangat ‘serius’ atas sebab ia memiliki merit dan kredibiliti.

Zaid Ibrahim yang memiliki syarikat guaman nya sendiri dengan ramai peguam bekerja dengan nya , dapati perhatian harus diberikan terhadap pembuktian dari pihak pembela kerana jika pembuktian itu benar , maka tiada jalan lain melainkan kes DSNR harus dibatalkan “nullified” serta merta.

Dimana mana mahkamah dunia bagi apa apa kes pun hakim yang terbabit atau ada kaitan dalam kes yang didengari nya, seharus nya mengundurkan diri (recuse) dari mendengar kes dan membiarkan hakim yang ‘neutral’ mengambil alih.

Tapi pada kes yang dihadapi oleh DSNR, hakim Mohd Nazlan Ghazali ternyata ada terkait sama dalam peringkat awalan penubuhan syarikat SRC Ketika menjadi peguam mewakili Maybank Investment.

Bermakna, Nazlan seharus nya undurkan diri dari mendengar kes.

Ia prosidur biasa pada mana mana kes pun.

“Jika terdapat sedikit pun keterangan dan pihak berkuasa sepatutnya dapat mengesahkan ini dengan mudah, itu membuktikan terdapat konflik kepentingan di pihak hakim yang mensabitkan Najib, maka sabitan itu mesti dibatalkan,” kata Zaid.

Zaid juga mengesyorkan kes Najib dibatalkan terlebih dulu kerana keputusan telah dilaksanakan berasaskan banyak pelanggaran dan kesalahan pihak mendakwa serta mahkamah.

Zaid musykil, bagaimana Nazlan dijadikan hakim dalam kes SRC International.

Selain Nazlan tidak istiyar diri bertugas di Maybank Investment yang memutuskan penubuhan syarikat SRC , Nazlan juga membuat kenyataan bercanggah Ketika menjatuhkan hukuman.

Shafee Abdullah salah seorang peguam Najib juga mendakwa Nazlan gagal mendedahkan peranan, penglibatan dan pengetahuannya dalam penubuhan SRC International.

Perkara ini ada kaitan kerana Nazlan pernah berkhidmat sebagai peguam dan setiausaha syarikat bagi Maybank Group pada 2006.

Maka , rumusan kes telah berlansung dengan banyak percanggahan dan perlanggaran etika perundangan  maka Zaid Ibrahim mengesyorkan kes dimansuhkan serta dibatalkan.

Malah, selanjutnya, Zaid meramalkan Najib akan dibebaskan jika ikut amalan biasa sebuah kes yang tercemar.

Leave a Reply