Kapal tempur China tanpa kru kapal dan nakhoda berjaya dalam ujian

Hebahkan !!!

BEIJING, China – Kapal tempur tentera China tanpa nakhoda atau tidak dikendalikan oleh kapten kapal berjaya menamatkan pelayaran laut sulungnya selama tiga jam di luar Pulau Panzhi di Laut China Timur, lapor media China baru-baru ini.

Akhbar milik kerajaan Global Times melaporkan bahawa kapal seberat 200 tan itu boleh dihantar ke zon tempur berbahaya dalam misi peninjauan dan untuk memerangi pesawat.

Akhbar itu menambah bahawa kapal tersebut boleh digunakan untuk pertahanan pantai atau beroperasi bersama kapal yang lebih besar.

Kapal itu boleh bergerak pada kelajuan lebih daripada 20 knot dan belayar dengan selamat di laut bergelora.

Akhbar The South China Morning Post menyatakan bahawa reka bentuk kapal itu serupa dengan kapal pemusnah peluru berpandu Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), USS Zumwalt.

Zou Long iaitu seorang ketua projek memberitahu pemberita bahawa kapal itu akan melakukan ujian pengelakan perlanggaran dan ujian tambahan.

Leave a Reply