Dr Puad Zarkashi tanya – “Majlis Peguam tiada maruah ker?”

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Mana Majlis Peguam ketika banyak kes lain dan isu keadilan lain yang tidak dilaksanakan?

Ketika Najib Razak dianayai mana pergi Majlis Peguam?

Ketika bekas Gabenor didapai miliki wang hasil sogokan untuk luluskan Bon TIA terpantas dalam sejarah, mana pergi Majlis peguam?

Kenapa tidak “uphold justice” dengan tuntut Zeti Akhtar segera di dakwa kerana sudah lama kertas sasatan dilengkapkan oleh kedua pihak PDRM dan SPRM?

Kenapa juga tidak tuntut harta Zeti disita dan akaun dibeku atau passport di rampas?

Konon nya Majlis peguam hebat dalam bidang undang undang.

Tapi undang undang versi siapa?

Jika konon nya Majlis Peguam tidak masuk campur urusan wang RM700 juta masuk kedalam akaun bekas Gabenor  kenapa pula Majlis peguam sibuk masuk campur urusan seorang hakim disiasat menerima sejumlah wang masuk kedalam akaun sebanyak sebelas transaksi?

Kebetulan pula hakim itu menjadi hakim mendengar kes membabitkan Datuk Seri Najib Razak dimana hakim sendiri ada peranan dalam penubuhan syarikat SRC dimana syarikat itu menjadi bahan kes dalam perbicaraan DSNR.

Tidak kah itu satu terjemahan terma “Conflct of interest?

Kami mendapat satu tulisan hantaran dari Dr Puad Zarkashi persoal kewibawaan Majlis Peguam.

Dalam tulisan nya Dr Puad persoal kemana pergi maruah Majlis Peguam Ketika mahkamah ‘abused’ kuasa dengan hakim yang ada masalah konflik kepentingan tetapi tidak mengundurkan diri dari mendengar kes..

Tulisan Dr Puad kami pamirkan di bawah ini –

 

MANA MARUAH BAR COUNCIL?

Mohd Puad Zarkashi

 

Kenapa Majlis Peguam kunci mulut terhadap  pendedahan yang mengaitkan Hakim Nazlan Ghazali? Majlis Peguam jelas sekali tidak bermaruah dan hilang integriti.

 

Majlis Peguam amat “selektif” dalam banyak isu yang mereka bela. Contoh terbaru ialah “konflik kepentingan” yang membabitkan Hakim Nazlan.

 

Badan itu sepatutnya mendesak diwujudkan tribunal menyiasat Hakim Nazlan. Amat pelik kenapa dari awal lagi Majlis Peguam tidak menuntut Hakim Nazlan tarik diri daripada membicarakan kes SRC Datuk Najib.

 

Majlis Peguam sebelum ini pernah mendesak Hakim yang sedang  membicarakan kes SRC menarik diri kerana dia adik kepada Exco Kerajaan Pahang Dato Mohd Soffi Abd Razak.

 

Sedangkan Nazlan juga dikaitkan dengan konflik kepentingan kerana dia pernah jadi General Counsel dan setiausaha syarikat kepada Kumpulan Maybank.

 

Sekarang ini bocor pula minit mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah  Maybank yang turut dihadiri oleh Hakim Nazlan. Semasa bicara, Nazlan dakwa SRC adalah “baby” kepada Najib.

 

Rupa rupanya Nazlan terlibat, kerana SRC diasas oleh Maybank Investment. 1MDB melantik Maybank untuk buat kajian penubuhan SRC melalui anak syarikatnya Bina Fikir.

 

Sebelum ini beberapa Hakim menarik diri (recused) daripada membicarakan kes kes yang mereka didakwa ada kepentingan. Kenapa Nazlan tidak lakukan perkara sama?

 

Quay Chew Soon, Liza Chan Sow Keng dan Datuk Mohd Arief Emran Arifin semuanya tarik diri daripada terlibat dalam perbicaraan yang membabitkan 1MDB atau SRC.

 

Terlalu banyak kontroversi yang melibatkan Hakim Nazlan. Rakyat mahu tindakan segera. Apa perkembangan siasatan dakwaan money laundering yang melibatkan beliau.

 

Saya cabar Majlis Peguam agar tampil bersuara. Dessk Hakim Nazlan disiasat oleh Tribunal Khas dan penghakimannya terhadap kes SRC Najib digugurkan. Bagi alasan kamu, jika tidak setuju.

Leave a Reply