Najib Razak mahu Malaysia “to get back on track”

Hebahkan !!!

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan terus memberikan sumbangan beliau untuk membantu pembangunan negara kerana beliau mahu meletakkan Malaysia kembali ke landasan yang betul.

Semasa menyampaikan ucapan dalam Majlis Sepetang Bersama Dato’ Sri Najib Razak yang diadakan di Ampang hari ini, beliau berkata masa untuk melakukan apa-apa yang bersifat mencuba sesuatu atau eksperimen sudah pun berakhir.

Menurut beliau, kini adalah masa untuk membina negara.

“Pada saya, saya akan menyumbang kepada masa depan negara kita sebab saya hendak this country to get back on track.

“Masa kita untuk bereksperimen sudah habis.. it’s over, this is not a time to experiment anymore.. this is the time to build the nation supaya kita akan jadi sebuah negara yang terkemuka di rantau ini,” kata Najib ketika berucap di hadapan kira-kira 400 orang hadirin yang juga sahabat penggiat media sosial.

Dalam ucapannya, Najib berkata jika kita berjaya membina Malaysia, orang akan menghormati Malaysia di persada antarabangsa dan negara akan dipandang tinggi.

“Orang akan hormat kepada Malaysia, orang pandang Malaysia tinggi, orang lihat Malaysia ini masa depan menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi, Insya Allah itu dia impian kita,” katanya.

Najib berkata, ketika berdebat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, beliau sudah menggariskan hala tuju yang perlu dicapai dalam menerajui pembangunan negara.

Beliau menyatakan empat tiang utama yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk berjaya membawa negara kepada arah tujuan yang betul.

“Saya huraikan hala tuju Malaysia ikut pandangan saya dan saya huraikan juga apa yang perlu dilakukan. Empat tiang utamanya iaitu ekonomi yang kukuh yang kian berkembang.

“Kedua, sektor korporat yang berdaya saing, ketiga kestabilan politik dan keempat ialah mobiliti sosial iaitu orang miskin pun boleh naik ke atas mengisi impian masing-masing, inilah negara Malaysia dengan ciri-ciri inilah yang mesti kita perjuangkan,” katanya.

Najib berkata apa yang diperincikan oleh Barisan Nasional (BN) ialah hala tuju sebenar bukannya bercakap tanpa hala tuju dan hanya memberikan perkara-perkara merepek seperti kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang terdahulu.

Cara begitu bukan gaya kepimpinan yang diperlukan oleh negara kita, kata Najib.

“Ini bukan kepimpin yang boleh membina negara kita, orang tak ada keyakinan tuan-tuan, soal paling penting untuk kita majukan negara kita, untuk bina masa depan negara kita ialah soal confidence (keyakinan).

“Kalau orang yakin pada kepimpinan kita, the impossible will become reality,” kata Najib.

Dalam majlis berkenaan, Najib menghabiskan masa selama lebih dua jam bersama para penggiat media sosial yang setia menyokong beliau dengan beramah mesra dan melayan permintaan mereka untuk bergambar bersama beliau.

Leave a Reply