Impak besar kepada badan kehakiman jika kes Najib tidak digugurkan.

Hebahkan !!!

oleh Sirajuddin Ahmad

Pembuktian tersangat jelas dan kukuh bahawa hakim yang mendengar kes Najib Razak terbabit didalam penubuhan syarikat SRC melalui minit mesyuarat dan dokumen rasmi Maybank.

Jika itu sudah jelas terbukti , bermaksud kes Najib telah jatuh kedalam kancah keraguan yang munasabah.

Jika mahu juga mendakwa Najib , boleh sahaja, tapi perlu gugurkan kes dan dakwaan yang sedia ada dan buka kes baru dengan hakim baru yang tiada kepentingan.

Kes telah menjadi “public interest” semenjak terdedah kepincangan hakim terbabit dalam peringkat awal penubuhan syarikat SRC.

Pelanggaran terma ‘konflik kepentingan’ telah berjaya di ‘established’ oleh pihak pembela.

Orang terbabit dalam kancah SRC menjadi hakim kepada kes SRC ada lah pelanggaran undang ndng dan etika perundangan.

Badan kehakiman perlu menjadi teladan kepada rakyat bahawa mereka “uphold principle of law and justice’  dan bukan ‘abuser of justice”

Tidak lah perlu badan seperti Majlis Peguam hendak permainkan terma perundangan kerana ini isu sangat asas seorang individu telah melanggar etika perundangan waima diri nya seorang hakim.

Tidak perlu siaintis roket untuk memahami nya.

Dunia sedang memerhatikan bagaimana badan kehakiman akan bertindak terhadap salah laku jenayah seorang hakim dari kalangan mereka sendiri.

Jika tidak dapat menguruskan salah laku ahli mereka sendiri, apa kah dunia atau rakyat Malaysia sendiri boleh mengharapkan keadilan datang dari badan kehakiman?

Badan kehakiman juga perlu mengistyiar mereka tiada kaitan dengan demo melindung korupsi salah seorang hakim mereka.

Jika tidak cuba ‘distance’ kan diri pasti sahaja rakyat akan berpendapat badan kehakiman dan Majlis Peguam sudah berpakat , dan imej badan kehakiman akan lebih parah kerana rakyat akan percaya badan kehakiman dibawah pengaruh Majlis Peguam yang pro Pakatan Harapan.

Maka apa apa keputusan hakim terhadap kes yang babit pemimpin Pakatan Harapan sudah tidak akan dipercayai lagi kerana rakyat akan berandaian ‘sudah kawtim’.

Kini , apabila terdedah maklumat bahawa hakim , menerima wang gelap masuk ke dalam akaun  rakyat memerhatikan apa Tindakan badan kehakiman  terhadap isu ini.

Impak sangat besar jika kes DSNR tidak digugurkan dengan bukti begitu jelas di pamirkan oleh pihak pembela.

Sekurang kurang nya jika mahu dakwa DSNR , perlu gugurkan hukuman sedia ada dan dibuat kes baru dengan hakim yang baru dan bukti dan maklumat lengkap diizinkan untuk dibawa masuk mahkamah.

Badan kehakiman juga bertuankan rakyat melalui gaji  mereka dari wang rakyat.

Imej badan kehakiman dalam  pertimbangan rakyat hari ini.

Sebenar nya kes DSNR bukan sahaja bicara kan DSNR, tetapi bicarakan Badan kehakimn dan juga Pakatan Harapan yang mencipta kes.

Leave a Reply