Kes 1MDB/SRC – Tumpuan rakyat beralih dari Najib kepada Hakim Nazlan

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad.

kes 1MDB / SC telah masuk ke fasa peralihan.

Jika sebelum ini bualan dan tumpuan rakyat terhala kepada Najib Razak, kini sudah bertukar pula.

Rakyat mula berbual berkenaan hakim Mohd Nazlan Ghazali pula.

Semenjak terdedah maklumat dan dokumen Maybank bahawa Nazlan terbabit didalam mesyuarat meluluskan penubuhan syarikat SRC , maka rakyat mula mempersoal “validity” kes yang dikendali oleh nya.

Pembuktian terbaru dari pihak pembela mendedahkan tersangat jelas apa yang di gelar dalam terma perundangan sebagai “Conflict of interest” (konflik kepentingan).

Memang benar jika sesiapa yang mengikuti kes Najib dari awal lagi akan terlihat betapa kedudukan sangat pelik terjadi.

 

Pada mana mana kes selalu nya pihak pendakwa yang sangat suka kepada pengumpulan banyak bukti untuk menguatkan kes.

Namun, pada kes yang dihadap oleh DSNR , sebaliknya pula yang terjadi.

Pihak pendakwa pula yang sering kali menyembunyikan maklumat dari mahkamah dan pihak pembela.

Dari awal lagi pihak pendakwa tersangat takut kepada bukti dan ‘hard evidence’.

Antaranya pihak pendakwa tidak pamirkan transkrip bualan antara Joana Yu (pegawai AMBANK) dan pegawai Najib (Hafiz) yang bertanya berkenaan transaksi yang tidak di “authorize” oleh Najib.

Kemudian pihak pendakwa sangat takut untuk mendedahkan transaksi akaun keluarga bekas Gabenor Bank Negara Tan Seri Zeti Akhtar Aziz.

Pendakwa menggunakan SPRM untuk menghalang pendedahan transaksi akaun keluarga Zeti dimahkamah.

(petikan dari cinca)

Entah apa sangat yang ditakuti jika Najib yang bersalah kenapa takut dedah transaksi akaun keluarga zeti.

(SPRM Cuma mampu perolehi sejumlah RM65 juta sahaja dari keseluruhan wang RM700 juta yang disogok kepda Zeti untuk meluluskan Bon TIA seperti akuan Tim Leisnner di mahkamah Brooklyn Amerika)

Ada yang mempercayai baki wang itu diambil oleh pengarah drama TIA yang mengarahkan Zeti meluluskan Bon.

Namun , selagi kes Zeti tidak dibuka semua belum dapat di rungkai.

Ini kerana Pengarah drama suka perguna pihak ketiga untuk melaksana kan kerja nya.

Jika Zeti didakwa , dia takut diri nya terdedah jika Zeti mahu selamatkan diri.

Kemudian nama nama penerima rasuah dari Goldman sach yang terdiri dari pegawai tinggi kerajaan sehingga  kepada saksi saksi yang beri keterangan terhadap Najib juga tidak diizinkan didedag.

Begitu lah kes ini dimana pendakwa lebih takut kepada bukti dari pembela.

Akhirnya pendakwa hanya perguna kenyataan air liur saksi sahaja tanpa “hard evidence” untuk penjarakan Najib.

Lebih malang lagi , hukuman cepat cepat di “execute” sebelum bukti terbaru bahawa Hakim sendiri terbabit dalam pengurusan SRC Ketika di Maybank.

Kemudian pula, Ketika membuat rayuan , bukti terbaru lansung tidak didebat selain tiga hakim hanya menuruti pelaksanaan hakim pertama.

Maka, kini setelah kecoh satu negara berkenaan bukti terbaru hakim terbabit terima wang gelap dalam akaun dan juga pembabitan melalui kerja di Maybank, boleh dikira nama hakim “Nazlan” menjadi “talk of the town”.

Tumpuan kes 1MDB bukan lagi berkenaan Najib tapi berkenaan Nazlan.

Bagaimana pihak tertentu terutama nya pihak konspirator akan cuba selamatkan Nazlan.

Buat masa ini dipercayai sedang perguna kan Majlis Peguam untuk membela hakim korup dengan menukar isu korupsi kepada isu “separation of power”.

Jika sebelum pru14 , kerja kerja ‘divert’ sebegini mungkin boleh diterima oleh rakyat, namun kali ini, yang kurang berfikir sahaja akan terpedaya.

Korupsi ada lah korupsi tidak kira siapa pun yang melakukan nya.

Jika mantan Perdana Menteri boleh disiasat dan didakwa , kenapa pula Nazlan tidak boleh ?

Rakyat pasti memerhatikan gelagat pihak tertentu yang angkuh bila mendakwa seorang pemimpin UMNO tapi seperti ayam jantan yang kuat berkokok tapi ekor gelumang najis bila babit pihak sendiri.

Leave a Reply