Penyakit Cacar Monyet sekarang bukan lagi penyakit endemik

Hebahkan !!!

GENEVA, Switzerland – Risiko cacar monyet untuk menjadi penyakit bukan endemik kini menjadi realiti, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), semalam.

Ia memberi amaran tersebut ketika lebih seribu kes cacar monyet disahkan wujud di sejumlah negara.

Bagaimanapun, Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu tidak mengesyorkan supaya vaksinasi besar-besaran dilakukan bagi mengekang penyebaran virus cacar itu.

Beliau juga berkata, setakat ini tiada kematian telah dilaporkan akibat cacar monyet.

“Risiko cacar monyet wujud di negara-negara bukan endemik adalah nyata,” kata Tedros pada satu sidang akhbar.

Penyakit itu berlaku di sembilan negara Afrika tetapi ia telah dilaporkan turut terjadi di beberapa buah negara lain, kebanyakannya di Eropah terutamanya di Britain, Sepanyol dan Portugal.

“Lebih 1,000 kes cacar monyet yang disahkan kini telah dilaporkan kepada WHO dari 29 buah negara yang bukan endemik penyakit itu,” kata Tedros.

Leave a Reply