Najib sudah lama turun, Ringgit tak naik juga.

Hebahkan !!!

 

Ketika Tun Mahathir dalam kempen hendak memburuk kan Najib Razak dan Barisan Nasional pada PRU14 , antara kenyataan Mahathir ada lah , jika Najib diturunkan nilai ringgit akan naik.

Namun, sehingga kini , sebalik nya pula berlaku, ringgit semakin jatuh merosot.

Kemudian pada kempen pru14 juga pihak Pakatan Harapan membuat kenyataan jika GST di ganti dengan SST , maka harga barangan pasti akan murah.

Tony Pua antara yang memberi jaminan ini selain pemimpin pemimpin PH yang lain.

Hingga hari ini, tiada harga apa apa barangan pun yang turun setelah SST di ganti dengan GST.

Maka rakyat sentiasa kena bohong dan kena tipu oleh Pakatan Harapan.

Jika tidak turun harga sahaja tidak mengapa , bahkan semakin naik berganda ganda pula.

Maka rumusan nya, sudah lama Najib turun tapi nilai ringgit tidak turun , sudah lama GST ditukar kepada SST harga barang juga tidak turun.

Sebenar nya , Mahathir bercakap ikut keadaan dan bukan ikut kebenaran.

Jika keadaan Ketika itu terpaksa memburuk kan Najib, maka dia akan cakap apa sahaja untuk justify kedudukan memburuk kan Najib dan BN.

Jika hari ini terbukti salah dan tidak betul, orang seperti Tun Mahathir tidak ambil peduli pun.

Dalam lontaran entri di laman Facebook nya, Najib Razak menyindir Tun Mahathir berkenaan nilai matawang Ringgit yang kian susut nilai.

Sebenar nya ikut fakta dan data Tun Mahathir dan Pakatan Harapan yang akibat kan ekonomi negara teruk dan jahanam.

Sebelum kedatangan Covid-19 pun sudah teruk.

Tiada pelaburan baru dan juga tiada pembelian aset baru untuk negara.

Pelabur saham di Bursa saham Kuala Lumpur campak saham bernilai rarusan billion hanya sebab kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Mahathir dan DAP ambil alih.

Undang undang negara ikut sedap rasa Pakatan Harapan, yang di benci didakwa, yang disukai tidak di dakwa seperti Mas Emeriati dan Datuk Mustapha.

Selain itu Zeti Akhtar tidak didakwa sebab peranan sebagai kuncu Mahathir.

Bukan sahaja hancur sistem perundangan , bahkan sistem ekonomi juga hancur akibat mainan persepsi Mahathir dan DAP negara muflis dan benkrap.

Ia sebenar nya bertujuan jatuhkan nilai saham supaya yang sorok wang diluar negara boleh bawa masuk Ketika PH menjadi kerajaan dan membeli saham yang bagus yang sudah dijatuhkan nilai kerana persepsi yang dibuat oleh kerajaan PH dan Mahathir.

Pasti Mahathir akan menikus tidak berani lawan kenyataan Najib di laman Facebook kerana seperti biasa jika sesuatu perkara itu betul dan benar Mahathir akan buat bodoh sahaja dan berharap ia berlalu pergi begitu sahaja.

Kini rakyat berada didalam kerugian semenjak di tipu oleh Pakatan Harapan.

Mereka baru sedar tiada hutang yang dibayar oleh kerajaan PH selain menambah hutang baru.

Tiada hutang 1MDB dibayar semula walaupun pulangan nya sebanyak RM32 bilion dari merata tempat termasuk Goldman Sach, AMBANK dan penjualan kapal Jho Low.

Tiada barang turun harga setelah terhapus GST dan diganti SST.

Banyak perkara rakyat kena tipu termasuk kerajaan ada RM600 bilion untuk dibelanja Ketika darurat sedangkan Mahathir kata negara muflis kerana Najib.

Ini semua petaka akibat suka mendengar fitnah.

Leave a Reply