Jika Tidak dihalang keluar negara , pasti banyak negara jemput Najib Razak.

Hebahkan !!!

 

oleh Sirajuddin Ahmad.

Baru baru ini dilaporkan Tun Mahathir telah pergi ke Jepun untuk menerima anugerah.

Maka , ramai lah penyokong Tun Mahathir mendabik dada berkenaan nya.

Untuk jasa dan kerja apa anugerah diberi kepada Tun Mahathir , pihak kami tidak berminat untuk siasat.

Yang pasti Mahathir yang dapat anugerah , rakyat tidak dapat apa apa feadah dari anugerah itu selain tanggung hutang baru Samurai Bon.

Jika Mahathir dan kerajaan Pakatan Harapan  berhutang tidak mengapa , asalkan bukan Najib Razak yang berhutang.

Jika Najib Razak  berhutang Nampak hasil pisikal nya seperti bangunan TRX, ECRL Bandar Malaysia , dan lain lain, namun bila Tun Mahathir dan Pakatan Harapan berhutang , tidak pula Nampak kemana pergi nya.

Selain tambah hutang , kerajaan PH juga menjual aset kerajaan dan menjarah PETRONAS.

Bermakna banyak yang perlu dijawap oleh kerajaan PH dan Tun Mahathir.

Sebenar nya ramai negara mahu menjemput Najib Razak menghadiri banyak majlis mereka.

Namun, atas sebab kekangan kerajaan PH dan kekangan diwarisi oleh sisa sisa kerajaan nya hari ini, maka Najib Razak tidak dapat keluar negara.

Najib di halang keluar negara atas sebab presepsi konon nya beliau akan melarikan diri ke luar negara.

Namun , ia hanya persepsi kerana  jika Najib lari ia membuktikan dia memang bersalah dan tidak mahu hadapi tuduhan.

Sebaliknya yang lari ada lah 4 orang bukan Melayu , Nik Fesal dan Jho Low.

Jika dakwaan terhadap Najib terlalu kukuh, Nik Fesal tidak perlu sembunyikan diri.

Walaupun kerajaan PH dan sisa sisa nya cuba beri gambaran buruk terhadap Najib, namun ia tidak laku dan tidak menjadi kepada rakyat.

Rakyat tidak melayan nya.

Hasil nya PH sentiasa kalah pada tujuh PRK dan dua PRN berturut turut.

Dalam negara pula ,banyak pihak menjemput Najib dan mengenepikan kekangan PH dan sisa sisa nya.

Komuniti perniagaan seperti World Chinese Economic Forum menjemput Najib membuka majlis dengan ucaptama nya.

Kemudian sebuah sekolah prestij Cina di negeri Johor menjemput Najib.

Dan terkini , masyarakat Cina menjemput Najib ke Pulau Pinang sebagai tertamu kehormat nya.

Ini membuatkan pihak yang cuba memburuk kan Najib menjadi sangat kecewa kerana usaha mereka semakin gagal memburuk kan Najib.

Paling menyakitkan hati kerajaan sisa sisa kumbahan PH dan Tun Mahathir ada lah envoy dari negara jiran , Singapura berkunjung hormat kepada Najib, bukan sekali bahkan sudah dua kali.

 

Terkini wakil negara United Arab Emirate pula mewakili kerajaan mereka datang memberi anugerah kepada Najib Razak.

UAE sentiasa menambah pelaburan kepada Indonesia setiap kali Malaysia hantar wakil ke UAE.

Sama ada ia satu sindiran , kita tidak tahu.

Semenjak kerajaan PH melacurkan diri mendedah perbualan sulit antara Najib dan salah seorang kerabat Raja mereka, Malaysia terus tidak dihromati lagi dan di pandang sebagai negara pariah (pariah state).

Negara negara bawah pengaruh Arab Saudi dan China sangat segan untuk mengadakan sebarang pelaburan bersama Malaysia kerana menghormati kedua negara itu.

Ini lah kesan tidak berfikir dari kerajaan Pakatan Harapan.

Memang ada keperluan mengada kan pilihan raya segera demi menukar kerajaan kepada kerajaan yang diyakini oleh dunia luar seperti kerajaan Barisan Nasional yang terbukti mampu memacu negara.

Dengan melakukan penukaran kerajaan sahaja Malaysia boleh Kembali kepada tahap dihormati dan dipercayai.

Leave a Reply