Bukan hanya Singapura, UAE dan banyak negara lain mahu bertemu Najib Razak

Hebahkan !!!

Pada 30 Mac lepas, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kunjungan daripada Menteri Pertahanan Singapura Ng Eng Hen dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura Vanu Gopala Menon di kediamannya.

Walaupun, beliau sedang berdepan dengan pelbagai tuduhan rekaan di mahkamah dan sedang dalam proses prosiding rayuan berkenaan sabitan kes berkaitan syarikat SRC International Sdn Bhd.

Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas tujuh pertuduhan.

Sejak itu ada beberapa wakil dan pemimpin dari pelbagai negara datang serta mengadakan pertemuan dengan beliau berbincang perihal berkaitan hubungan Malaysia dengan negara mereka masing-masing.

Walaupun Najib bukan lagi Perdana Menteri dan bukan lagi Pengerusi Barisan Nasional (BN), para pemimpin dari serata dunia masih mahu datang dan bertemu dengan Najib bertanyakan pendapat dan bertukar-tukar idea dengan beliau tentang perkembangan hal ehwal semasa.

Semalam, Najib mengadakan pertemuan dengan Duta Emeriyah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia Khalid Ghanim Mohammad Al-Ghaith.

Beliau memuatnaik gambar pertemuan berkenaan di laman Facebook Najib Razak.

Menurut Najib, kedua-dua negara mempunyai potensi kerjasama yang tinggi dalam pelaburan dan perdagangan.

Dengan perkembangan terbaharu dalam kes berkenaan, kini banyak pihak mula mengikuti kes berkenaan serta mendoakan yang terbaik buat Ahli Parlimen Pekan itu.

Najib pada 7 Jun lepas memohon Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan keseluruhan perbicaraan penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi batal dan tidak sah.

Beliau juga memohon mahkamah menimbangkan supaya diadakan perbicaraan semula.

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata ia berikutan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar perbicaraan dan mendapati beliau bersalah di atas tujuh pertuduhan, sengaja gagal mendedahkan peranannya dalam Maybank Investment melalui Bina Fikir Sdn Bhd berkaitan penubuhan SRC.

Leave a Reply