Umat Islam perlu elak hadiri upacara ingat roh nenek moyang Bon Odori

Hebahkan !!!

Acara tarian Jepun yang dipanggil Bon Odori ialah satu upacara tarian bagi memperingati roh-roh nenek moyang yang telah mati yang menjadi satu kepercayaan masyarakat Jepun.

Dalam satu video di laman YouTube yang menerangkan tentang Bon Odori yang dimuatnaik di saluran PhotoLukeHawaii and Bon Dance, Bon bermaksud tarian dalam bahasa Jepun.

Ia adalah satu budaya di Jepun ketika musim Obon untuk memperingati roh orang mati yang juga dikenali sebagai Pesta Roh.

“Dalam upcara berkenaan orang Jepun percaya bahawa roh orang mati akan kembali sementara ke dunia untuk bersama dengan ahli keluarga mereka yang hidup.

“Ahli keluarga akan melawat perkuburan dan meletakkan bunga dan makanan sebagai tawaran kepada roh nenek moyang yang kononnya kembali sekejap ke dunia,” kata jurucakap dalam video berkenaan.

Ada juga sesetengahnya akan mengadakan ucapara di kuil di Jepun. Dalam program Bon Odori, peserta akan menari mengelilingi satu bentuk binaan iaitu menara yang dikenali sebagai Yagura.

Beberapa orang pemain muzik akan berada di atas Yagura bermain muzik, menjerit dan memukul gendang membuat bising untuk memanggil roh orang mati berkenaan untuk bersama-sama dalam ritual berkenaan.

Di Malaysia, program Bon Odori didapati diadakan oleh masyarakat Jepun di sini pada setiap tahun dan ia turut disertai oleh orang beragama Islam di Malaysia yang mana ia menyalahi akidah dalam agama Islam.

Pada 2018, dilihat ramai wanita bertudung dan beragama Islam hadir dan sama-sama menari di atas Yagura di sebelah gendang pada pesta berkenaan.

 

Ini kerana di dalam program berkenaan ada ritual memuja dan memanggil roh yang sudah mati agar kembali kononnya untuk diperingati dalam pesta roh berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata program berkenaan adalah tradisi masyarakat Jepun beragama Buddha yang mengandungi unsur pemujaan untuk nenek moyang yang sudah mati dan dalam masa sama mendoakan mereka tidak menderita selepas mati.

Tahun ini di Malaysia, Bon Odori akan diadakan pada 6 Julai depan di Kompleks Sukan Shah Alam.

Beliau berkata program itu disahkan mempunyai unsur keagamaan dan bertentangan dengan Islam.

“Kajian dibuat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), memang ada unsur-unsur keagamaan, kita nasihatkan kepada orang Islam tidak perlulah sertainya. Banyak lagi (aktiviti) lain yang kita boleh sertai.

“Kita harap kekeliruan ini tidak diwujudkan, di pihak Jakim, kita menasihatkan orang Islam jangan sertai program-program sedemikian, bukan itu sahaja , tetapi apa-apa jua yang membabitkan soal agama, kita kena sayang dengan agama kita,” katanya.

Ketika ini sedang tular poster penganjuran Bon Odori Julai nanti ada imej wanita bertudung seakan-akan menjemput orang Islam untuk menyertai ritual keagamaan itu.

Leave a Reply