Tangan bayi di London hanya bersaiz kuku orang dewasa

Hebahkan !!!

LONDON – Saiz tangan bayi sama dengan saiz kuku orang dewasa.

Itu keadaan bayi yang sangat kecil apabila dilahirkan ketika usia kandungan ibunya, 23 minggu, lapor Daily Star.

Elsie, kini 11 bulan, dilaporkan mempunyai berat hanya seberat 400 gram, apabila dia lahir 17 minggu lebih awal.

Doktor pada masa itu memberitahu ibu bapanya, Katie dan Rob Hampson bahawa anak mereka mempunyai satu perempat (kira-kira 25 peratus) peluang untuk hidup.

Katie, 27, berkata saiz tangan anaknya itu hampir sama dengan saiz kuku jari lelaki berkenaan.

“Dia sangat kecil, tetapi sempurna. Dia kecil – seperti anak patung kecil,” katanya.

Katie dikatakan mengalami pendarahan yang banyak, sejak kandungannya berusia lapan minggu.

Selepas kelahiran semula jadi pada Jun lalu, Elsie ditempatkan di unit penjagaan rapi neonatal (NICU) dan bergantung dengan ventilator selama hampir 70 hari.

“Saya menunggu hampir lima jam untuk melihat Elsie (yang ditempatkan) di dalam inkubator.

“Apabila saya akhirnya melahirkannya, saya terkejut. Saya tidak sempat memegangnya.

“Saya sangat gementar dan tidak tahu sama ada dia akan bertahan. Kulitnya boleh dikatakan seperti lut sinar dan dia sangat kecil,” katanya.

Tetapi hampir lima bulan selepas dia dilahirkan, Elsie akhirnya mendapat kekuatan yang cukup untuk pulang ke rumah buat kali pertama.

Bayi itu kini lebih sihat.

Katie, dari Rochdale, berkata, bayi itu mengatasi banyak perkara.

“Walaupun doktor atau jururawat tidak mempunyai harapan bahawa dia akan bertahan, tetapi dia seorang pejuang kecil. Kami sangat berbangga.

“Kakitangan Hospital Diraja Oldham adalah ‘malaikat’ sebenar. Mereka harus diiktiraf atas kerja menakjubkan yang mereka lakukan. Mereka menyelamatkan nyawa bayi saya,” katanya.

Leave a Reply