MB Selangor anggap Bon Odori hanya program kebudayaan Jepun

Hebahkan !!!

Sebelum ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad telah menasihat ramai umat Islam agar tidak menyertai satu festival Jepun, Bon Odori.

Ini kerana ia dikatakan bercanggah dengan hukum syarak kerana ada unsur keagamaan. Oleh sebab itu, kerajaan Selangor akan akan merujuk pihak berwajib berkenaan status festival yang bakal diadakan di Shah Alam itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata ia acara kebudayaan dan kerajaan negeri tidak pernah menerima sebarang nasihat dan pandangan berkaitan perkara itu, lapor Awani.

Tambahnya, Bon Odori itu juga dibuat bagi memupukkan dasar pandang ke timur dan merapatkan lagi hubugan antara syarikat serta mana-mana individu yang ada kaitan dengan Jepun.

Malah, beliau turut mengatakan bahawa ianya sama seperti perayaan lain, contohnya Ponggal.

“Saya tidak pasti (Bon Odori) ada elemen keagamaan atau sebaliknya. Kita akan dapatkan maklumat terperinci pihak berkaitan dan jika benar (ada kaitan keagamaan) kita kena akur,” katanya ditemui pada pelancaran Majlis Penasihat Kesihatan Awam Negeri Selangor (SELPHAC) pada Isnin lepas.

Kata beliau lagi, maklumat sebenar berkenaan Bon Odori perlu disahkan termasuk maklum balas daripada Kedutaan Jepun kerana isu itu sudah mula dibangkitkan melalui maklumat daripada Wikipedia beberapa hari lalu.

“Semua program ada aktiviti doa. Majlis hari raya pun baca doa… takkan itu dianggap upacara keagamaan?

“Sebab itu saya kena dapatkan pandangan sebenar adakah acara itu menjurus kepada keagamaan atau kebudayaan.” katanya

Namun begitu, kerajaan negeri tiada halangan jika Bon Odori diteruskan, pihak berkuasa tempatan juga akan turut membantu dari segi kemudahan bagi melancarkan program itu.

Ia selaras dasar kerajaan negeri yang memberi ruang kepada kaum-kaum lain untuk menyambut agama lain seperti Thaipusam dan Deepavali.

Leave a Reply