Mahathir nampak bersemangat jika bercakap tentang jawatan Perdana Menteri

Hebahkan !!!

Walaupun ada ketika bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat lemah, tidak bermaya dan kurang sihat sampai keluar masuk Institut Jantung Negara (IJN), tetapi beliau amat bersemangat dan nampak sihat kalau dapat tahu apa-apa tentang jawatan Perdana Menteri.

Lebih bersemangat jika beliau tahu ada ruang untuk beliau kembali berkuasa mengetuai beberapa gabungan dan kemudian bakal angkat sumpah jadi Perdana Menteri lagi.

Jika jadi kenyataan, Mahathir akan jadi Perdana Menteri sebanyak tiga kali sejak kali pertama memegangnya pada 1981.

Keadaannya pada ketika ini, kerajaan sekali seakan-akan menjadi sasaran untuk direbut oleh beberapa individu yang berasa mereka boleh dapat sokongan lebih berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dari Barisan Nasional (BN).

Baru-baru ini, Presiden parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mendedahkan bahawa bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ada menghubungi beliau dan menyatakan bahawa dirinya sudah ada sokongan 119 sokongan Ahli Dewan Rakyat dan boleh membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, cerita itu lenyap sahaja dan Muhyiddin menafikannya tetapi mengakui hanya bertemu dengan parti lain untuk merintis kerjasama menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang.

Keadaan ini turut menarik minat Mahathir dan kini nampak mula bergerak mencari kepercayaan untuk membawa parti-parti bergabung di bawah satu konsep khemah besar untuk menewaskan Barisan Nasional (BN).

Kerap benar Mahathir buat kenyataan jika ada apa-apa berkaitan jawatan Perdana Menteri.

Jika ada isu dan kontroversi lain melibatkan individu yang rapat dengan beliau seperti bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz atau Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, tidak ada satu perkataan pun akan keluar dari mulut beliau.

Jika keadaan jadi “panas” tunggulah sehari dua, Mahathir mungkin akan dimasukkan ke IJN sekali lagi selepas itu.

Keinginan Mahathir mahu jadi Perdana Menteri sekali lagi jelas kerana beliau sudah pun letak bermacam-macam syarat dan yang paling utama ialah beliau enggan bekerjasama dengan Muhyiddin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muhyiddin sudah pastinya individu yang mungkin bertanggungjawab dalam langkah Sheraton yang membuatkan Mahathir terpaksa letak jawatan dan Anwar pula sudah lama gagal menjadi Perdana Menteri kerana Mahathir.

Jika parti-parti ini termakan sekali lagi janji Mahathir, mungkin beliau akan jadi Perdana Menteri sekali lagi.

Banyak pihak mahu Mahathir lebih aktif menjawab pelbagai kontroversi yang ada kaitan dengannya daripada aktif bersuara berkaitan peluang untuk bentuk kerajaan dan jadi Perdana Menteri.

Leave a Reply