Jangan terkejut jika Najib dibebaskan atau dibicara semula.

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddn Ahmad.

Jangan terkejut jika Najib dibebaskan atau dibicara semula.

Perkembangan terkini berkenaan kes membabitkan Datuk Seri Najib Razak semakin menarik.

Semalam pada sidang media bersama wartawan, Peguam DSNR Tan Seri Shafie telah menyatakan bahawa pihak pembela telah memfailkan permohonan membatalkan kes yang sedang dibicarakan dan yang sudah dijatuhkan hukuman.

Antara faktor kukuh dan sangat “valid” untuk “nullified” kes ada lah bahawa “judgment”  Hakim Nazlan itu sendiri termasuk ujud kesalahan dan percanggahan.

Bahkan boleh dikatakan satu penipuan maklumat.

Ketika menggulung hujah, Nazlan telah menyatakan bahawa DSNR menubuhkan syarikat SRC semata mata untuk menjdikan nya alat curian.

Namun, kemudian didapati melalui dokumen rasmi Maybank dan minit mesyuarat Maybank yang terbocor dan tersebar bahawa Nazlan sendiri yang terbabit didalam meluluskan nya.

Ini sendiri ada lah merupakan satu bentuk sifat tidak Amanah dari pihak pendakwa dan mahkamah.

Menurut Tan Seri Shafie , mengikut undangj undang dan SOP perundangan, Nazlan sepatut nya mengisytiharkan diri nya tidak layak mendengar kes kerana beliau ada “konflik kepentingan”.

Namun , sebalik nya terjadi.

Selain , secara tidak jujur hakim Nazlan telah menyembunyi maklumat, bahkan Nazlan memberi “judgment” yang boleh dikira sebagai “berbohong dan bercanggah”

Pada kes yang membabitkan DSNR ini, pihak pendakwa pula yang banyak muslihat dan tipu helah.

Maka, keseluruhan kes jika mengikut “standard” antarabangsa atau ikut perundangan telus, sudah boleh dibatalkan , dibubarkan atau “nullified”.

Bagaimana orang kena dakwa akan dapat pengadilan jika hakim dan pendakwaraya ada berkepentingan?

Maka, sebaik sahaja Tan Sri Shafie membuat kenyataan media berkenaan pihak nya memohon kes untuk dibatalkan, pihak pendakwa tidak pula berani memberi respon dan seperti biasa berdiam diri.

Ramai juga rakyat tidak mengikuti perbicaraan dan soal jawap didalam mahkamah tetapi ramai yang membuat konklusi berdasarkan hakim dan apa yang hakim telah putuskan.

Sedangkan ‘hakim’ itu lah yang sepatut nya dibicarakan atau diseret menjadi saksi memberi keterangan.

Untuk makluman , hakim yang asal Datuk Sophian telah diganti dengan cara ‘unceremoniously’ dan tempat nya telah diambil alih oleh hakim Nazlan secara misteri.

Mahkamah rayuan sebenar nya sekadar “copy and paste” sahaja apa yang diputuskan oleh Nazlan.

Ini kerana bukti baru tidak dikupas dan di hujah.

Maka, jangan lah terkejut jika kes DSNR ini di umumkan batal atau digugurkan atau mungkin dibicara semula secara adil dengan semua bukti baru diizinkan dipamirkan.

Dan jangan terkejut juga jika hakim Nazlan sendiri akan dibicarakan , kerana kertas siasatan SPRM dan Polis  telah lama lengkap dan terperuk dimeja Peguam Negara tanpa apa apa Tindakan sehingga kini.

Leave a Reply