Sarawak ikrar terus kekal dalam Persekutuan Malaysia – Abang Johari

Hebahkan !!!

– Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah peringkat negeri Sarawak yang diadakan di sini hari ini menyaksikan ikrar rakyat negeri ini untuk terus kekal dalam Persekutuan Malaysia.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang menyuarakan ikrar itu berkata Al-Sultan Abdullah yang telah melakukan beberapa lawatan ke negeri ini tahun ini merupakan ketua negara yang amat prihatin terhadap rakyat Sarawak tanpa me gira kaum, agama dan fahaman politik mereka.

“Sebagai sebahagian daripada wilayah yang menubuh negara Malaysia, kita di Sarawak akan terus bersama dalam Malaysia dan membangun seperti termaktub dalam Perlembagaan dan Perjanjian Malaysia 1963,” katanya.

Berucap di majlis sambutan tersebut, beliau berkata Sarawak mempunyai perancangan dan dasar mantap bagi memastikan keamanan, kemakmuran dan kemajuan dapat terus dikecapi.

Menurutnya kerajaan Sarawak telah merancang pelbagai strategi termasuk Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang akan dilaksanakan bagi memastikan negeri ini terus membangun dan hasil ekonominya terus dapat diagih dengan menyeluruh kepada rakyat.

Abang Johari berkata kerajaan Sarawak menyasarkan pertumbuhan ekonomi sebanyak enam hingga lapan peratus setahun seterusnya untuk meningkatkan pendapatan rakyat negeri ini menjelang tahun 2030.

Leave a Reply