Najib akan mohon batalkan sabitan kes SRC International

Hebahkan !!!

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu membatalkan pensabitan kes berkaitan SRC International.

Dalam sidang media di kompleks mahkamah, Najib memaklumkan beliau sudah mengarahkan pasukan peguam diketuai Shafee Abdullah memohon untuk menampilkan keterangan baharu.

Perkembangan ini menyusuli laporan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membuka siasatan berhubung dakwaan wang yang tidak dijelaskan dalam akaun bank Hakim Nazlan Mohd Ghazali.

Nazlan merupakan hakim yang mensabitkan Najib apabila kes berkaitan SRC International dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Nazlan membuat laporan polis berhubung dakwaan berkaitan, mengatakan ia “palsu, tidak berasas serta berniat jahat”, untuk mencemar kebolehpercayaan terhadap dirinya selaku hakim.

Nazlan pada 2020 mensabitkan kesalahan ke atas Najib dan menjatuhi hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta.

Rayuan Najib sedang menanti prosiding pendengaran di Mahkamah Persekutuan.

Leave a Reply