Mahathir letak banyak syarat  untuk sertai khemah besar.

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Mahathir secara umum nya setuju dasar “khemah besar” namun yang dipersetujui Mahathir banyak syarat nya.

Antara syarat adalah tidak terima jika Muhyiddin kepalai, selain itu Mahathir juga tidak mahu terima jika Anwar mengetuai khemah besar.

Mahathir juga ada syarat lain , ia itu , tidak mahu ada apa apa kaitan jika ada Najib atau Zahid Hamidi.

Pendek kata , jika ada ‘kluster mahkamah” maka Mahathir akan “reject”.

Sebagai ketua parti yang hilang banyak deposit Ketika PRN Johor , Mahathir banyak pula syarat nya.

Sebagai orang yang terkenal pentingkan diri sendiri, Mahathir terlupa , nama nya sudah tiada “nilai” dalam politik selain menjadi beban.

Mahathir umpama Quran buruk, hendak dibuang tidak boleh, hendak di baca sudah ada Quran baru yang lain.

Mahathir juga terlupa , “kluster mahkamah” sekadar rekaan diri nya sendiri sahaja, rakyat tidak lansung layan terma “kluster mahkamah” yang Mahathir sebut kerana rakyat menyedari ada individu kebas duit lebih besar dari kalangan pro Mahathir belum kena dakwa atau kena sita harta.

Antaranya Zeti Akhtar, Nor Yakob dan Nazlan Mohd Ghazali

Maka , rakyat tolak Mahathir secara total pada dua  PRN dan tujuh PRK.

Apa yang ada pada Mahathir hanya cengkaman terhadap beberapa agensi melalui pintu belakang.

Baru baru ini Mahathir telah nyatakan , dia hanya boleh pertimbangkan untuk berkhemah besar jika tiada babit individu yang disebut nya.

Mahathir lupa agaknya, bukan dia sahaja yang ada syarat , bahawa pihak lain juga ada syarat.

Kali terakhir Mahathir masuk khemah besar , Mahathir sahaja yang untung dapat jadi Perdana Menteri,

Selepas dua tahun, Mahathir tipu semua yang ada dalam khemah Pakatan Harapan , dan Kerajaan PH pun tumbang.

Maka , kali ini jika Mahathir enggan masuk mana mana khemah besar pasti sekali tiada parti lain pun akan peduli, tambah lagi parti PEJUANG tiada sokongan mana mana pihak dan rakyat.

Antara faktor lain , jika Mahathir ada didalam mana mana gabungan khemah besar atau kecil. pasti Mahathir sahaja yang hendak jadi ketua atau kepala.

Selain itu , akibat terlalu banyak parti ditubuhkan hasil perpecahan dan lompatan , maka masing masing ketua parti mahu menjadi Ketua dan peluang memimpin, maka pasti akan gagal juga mana mana Hasrat menubuh khemah besar.

Maka. tidak lah perlu Mahathir letak syarat untuk sertai khemah besar anjuran mana mana parti.

Mahathir hanya perlu cari jalan halang RUU akta lompat parti, dari situ Mahathir boleh membida mereka yang menang untuk sertai nya , macam selepas PRU14 di mana Mahathir pancing 12 Ahli Parlimen UMNO.

Leave a Reply