Jurutera digantung kerja kerana letak gambar Osama bin Laden di pejabatnya

Hebahkan !!!

NEW DELHI – Seorang jurutera yang bekerja untuk kerajaan negeri Uttar Pradesh, India telah digantung kerja kerana meletakkan gambar bekas ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin Laden di pejabatnya baru-baru ini.

Ravindra Kumar Gautam turut menggambarkan Osama sebagai seorang jurutera muda terbaik di dunia.

Walaupun, penggantungannya sudah berakhir, Ravindra Kumar Gautam berkata, Osama adalah mentornya dan menentang pandangan negatif terhadap bekas ketua rangkaian Al-Qaeda itu.

Menjadi pilihan saya untuk mengidolakan sesiapa sahaja yang saya mahukan.

“Saya anggap Osama bin Laden guru (mentor) saya. Jika gambar itu dipindahkan, saya akan mengatur dan menggantung semulanya,” kata Gautam kepada pemberita.

Osama telah dibunuh oleh pasuka khas Amerika Syarikat di bandar Abbottabad, Pakistan pada tahun 2011 kerana didakwa terlibat dalam kejadian-kejadian keganasan di dunia.

Dia lahir dalam keluarga yang terkenal dalam kerja-kerja pembinaan di Arab Saudi dan mewarisi sebahagian kekayaan keluarganya.

Leave a Reply