Mahathir , Muhyiddin,  panik hadapi Barisan Nasional pada PRU15, rakyat tidak peduli lagi kisah 1MDB.

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad

Berapa lama agak nya orang seperti Mahathir , Muhyiddin , serta parti PH dan PN perlu berselindung dan bergayut dibelakang isu 1MDB yang mereka sendiri cipta?

Ia bukan isu lagi, bahkan tiada siapa pun pedulikan kisah itu.

Ugutan  Najib Razak akan dipenjarakan pun sudah tidak dipedulikan lagi oleh rakyat.

Ketika 3 PRN di negeri Sarawak, Melaka dan Johor, ia menjadi “non-isu” lalu rakyat menerima Barisan Nasional dan menolak parti parti yang ada Tan Sri Muhyiddin , Mahathir , Anwar dan Lim Kit Siang.

Lebih parah , parti Mahathir hilang deposit disemua Kawasan yang ditandingi di Johor.

Sebelum itu, pada kemuncak isu 1MDB di mainkan pun BN telah memenangi tujuh pilihanaya kecil berturut turut.

Jelas, rakyat lebi memikirkan kehidupan mereka dan kestabilan politik dari melayan masalah yang direka oleh puak puak dari kerajaan Pakatan Harapan dan sisa sisa mereka di Pakatan Nasional.

Iau 1MDB pula dari menjadi senjata bagi pihak lawan menyerang UMNO, kini menjadi senjata makan tuan kepada pihak yang sama.

Siapa yang mahu bercerita berkenaan Najib Razak mncuri duit juga harus sedia menjawap berkenaan bagaimana wang sejumlah RM700 juta berada didalam akaun keluarga Zeti Akhtar dan beri tahu sebab apa ia bukan satu kesalahan , tetapi satu kesalahan apabila masuk ke dalam akaun Najib pula?

Selain itu, “turn of event” menyaksikan hakim Mohd Nazlan Ghazali juga ada menerima wang jutaan rnggit dari sumber yang si hakim itu sendiri tidak dapat jelaskan , walau khabar angin menyatakan ia wang dari Jho Low.

Maka, maklumat baru dan versi baru kisah 1MDB kini memakan “tuan” sehingga Tun Mahathir pun lari dari menjawap , walaupun mulut beliau lah paling lantang bercerita berkenaan 1MDB sebelum ini.

Dengan perkembangan terbaru, Nampak begitu jelas Tan Sri Muhyiddin rupa rupa nya membuat kerja belakang tabir untuk menghalang kemaraan UMNO dan Barisan Nasional.

Sambil terselamat buat Ketika ini atas sebab perlantikan Perdana Menteri yang “mesra” PPBM dan PAS , maka masa semakin suntuk untuk Mahathir dan Muhyiddin mengorak langkah menghadapi PRU15.

Barisan Nasional telah membuat keputusan mahu PRU15 diegerakan.

Malah , jika Muhyiddin cukup jumlah seperti yang dia sendiri dakwa ada miliki 119 Ahli Parlimen bersama nya sudah tentu dia tidak perlu hubungi Shafie Afdal untuk mendapat sokongan tambahan.

Akhirnya ang terlihat jelas adalah permainan politik sebalik tirai yang tiada henti hentinya.

Kerajaan tidak stabil, hanya terikat dengan MOU sesame Ahli Parlimen sahaja.

Pembubaran Parlimen ada lah yang sepatut dilakukan.

Biar yang menyelesikan masalah rakyat adalah kerajaan baru yang stabil dan bukan kerajaan sedia ada yang penuh syak wasangka satu sama lain.

Jangan hanya sebab orang seperti Muhyiddin dan Mahathir yang ‘panik’ menghadai PRU15 kebaikan kepada seluruh rakyat dinafikan pula.

Jika tidak, sampai bilapun politik negara terus bergolak dan siang malam ada sahaja kerja lobi melobi dan bida membida

Leave a Reply