Johnny Depp menang dalam kes saman fitnah terhadap bekas isteri

Hebahkan !!!

Pelakon terkenal Hollywood Johnny Depp dianugerahkan AS$15 juta Dolar dalam kes saman fitnah terhadap bekas isterinya sebentar tadi.

Mahkamah dalam keputusannya bagaimanapun mendapati pelakon francais filem “Pirates of the Caribbean” itu dan Amber Heard saling bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan fitnah antara satu sama lain.

Pampasan sebanyak $15 juta kepada Depp merangkumi AS$10 juta manakala AS$5 juta dolar lagi sebagai ganti rugi punitif.

Sementara itu, Amber Heard dalam saman balasnya pula menerima ganti rugi AS$2 juta manakala tiada pampasan wang untuk ganti rugi punitif.

Depp memfailkan tuntutan saman fitnah dengan ganti rugi sebanyak AS$50 juta terhadap Heard berhubung penulisannya untuk kolum Washington Post.

Heard kemudian memfailkan saman balas dengan menuntut AS$100 juta dan mendakwa dia sering didera secara fizikal oleh Depp.

Depp walau bagaimanapun menafikan pernah melakukan penderaan fizikal terhadap Heard, sebaliknya mendakwa bekas isterinya itu sebenarnya yang sering bertindak ganas.

Leave a Reply