BN perlu adakan Agenda reform dan segera wujudkan akta lompat parti – Azalina Othman.

Hebahkan !!!

“Politic is all about numbers” kata Datuk Azalina Othman

Untuk Barisan Nasional dan UMNO melangkah kehadapan satu agenda reform perlu diadakan , kata Azalina.

Negara tidak boleh bergerak kehadapan selagi Ahli Parlimen yang menang diatas tiket parti lain , boleh melompat ke parti lain.

Jika hendak melompat pun kerusi yang dimenangi harus diserah Kembali kepada parti yang ditinggalkan dengan melucutkan kemenangan.

Itu baru betul.

Kalau tidak, politik negara sentiasa tidak stabil.

Orang seperti Tun Mahathir akan sentiasa bermaharajalela kerana jika kerusi yang dimenangi oleh parti nya sedikit, dia boleh membida kuasa dengan kerusi yang dimenangi oleh pihak lawan dengan mencuri Ahli Parlimen dari pihak lain seperti mana dilakukan selepas PRU14.

Parti Bersatu Pribumi Malaysia telah mencuri hampir dua belas kerusi Parlimen UMNO selepas PRU14.

Atas sebab sama , Tun Mahathir tidak perlu pikat hati rakyat kerana dia hanya perlu pikat hati Ahli Parlimen yang sudah menang sahaja.

Selain tidak perlu pikat rakyat, di acah nya dengan menghantar wakil agensi tertentu untuk menakutkan Ahli Parlimen.

Itu lah pencuri sebenar.

Dalam sesi wawancara, Azalina turut menyebut berkenaan akta lompat parti dan juga akta dana politik.

Perlu dilaksana kan jika boleh secepat nya.

Ia perlu kerana hanya pemimpin UMNO sahaja yang diseret ke mahkamah sedangkan pihak lain juga ada menerima dana politik.

Cuba agensi tertentu tanya dari mana orang seperti Rafizi Ramli dapat dana untuk menubuhkan Invoke misal nya.

Jadikan ia kes dan gambarkan seolah olah telah menerima rasuah.

Kes boleh direka cipta seperti mana yang terkena terhadap Presiden UMNO.

Maka, itu lah yang dimaksudkan oleh Azalina.

Agenda reform perlu diadakan segera dan jika pihak lawan tidak mencurii AP UMNO, sudah pasti UMNO menjadi tunjak kerajaan dengan jumlah Lima puluh tiga kerusi (53).

Apa pun kenyataan penuh Azalina pada sesi wawancara boleh di dengar di bawah ini :-

 

 

Leave a Reply