Mahkamah tinggi bakal keputusan lepas tanpa dibebaskan Long Tiger

Hebahkan !!!

MUAR – Keputusan lepas tanpa dibebaskan lelaki etnik Rohingya, Long Tiger terhadap kes peras ugut oleh Mahkamah Majistret Tangkak pada 17 Mei lalu dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi di sini melalui semakan kehakiman yang difailkan pihak pendakwaan.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar menetapkan perkara itu kepada tertuduh atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 33, selepas mendapati berlaku kekhilafan terhadap keputusan terdahulu yang dibuat.

Perintah berkenaan dibuat berikutan kematian mengejut saksi utama pendakwaan, Luqman Hakeem Othman pada 23 Mac lalu.

Keputusan berkenaan turut memerintahkan perbicaraan diteruskan di Mahkamah Majistret Tangkak dan mengarahkan Abdul Hamim hadir di mahkamah sama pada Ahad ini bagi penetapan tarikh sambung bicara.

Sambung perbicaraan itu di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Tangkak dengan memanggil saksi pendakwaan lain.

Abu Bakar juga tidak membenarkan jaminan terhadap Long Tiger ketika keputusan semakan kehakiman dibacakan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd. Ghazali dan Muhammad Qaiyyum Ramlan manakala tertuduh diwakili peguam, Puteri Aisyah Zahirah Zakaria.

Long Tiger sebelum itu tiba di Mahkamah Tinggi di sini pada jam 9 pagi dengan dikawal ketat oleh polis.

©Sinar Harian

Leave a Reply