Korea Utara merekodkan lebih 90,000 kes demam

Hebahkan !!!

PYONGYANG – Korea Utara melaporkan 93,180 kes demam baharu, pada Rabu, tiga minggu selepas mengumumkan wabak Covid-19 di negara itu, lapor agensi berita Yonhap.

Lebih 93,180 orang menunjukkan simptom demam dalam tempoh 24 jam sehingga 6 petang hari sebelumnya, kata Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) rasmi, memetik data dari ibu pejabat pencegahan wabak kecemasan negeri.

Ia tidak memberikan maklumat lanjut mengenai kematian tambahan.

Jumlah kes demam sejak akhir April menghampiri 3.74 juta setakat 6 petang, Selasa lalu, di mana lebih 3.56 juta pulih dan sekurang-kurangnya 177,770 sedang dirawat,

Jumlah demam harian negara berada pada aliran menurun, selepas ia memuncak sehingga 392,920 kes pada 15 Mei.

Pada 12 Mei, Korea Utara mendedahkan kes pertama Covid-19 selepas mendakwa bebas koronavirus selama lebih dua tahun.

Leave a Reply