Bayi berusia 40 tahun didapati ada janin di alam perutnya

Hebahkan !!!

NEW DELHI, India – Mengejutkan apabila seorang bayi yang hanya berusia 40 hari di India didapati mempunyai janin di dalam perutnya.

Bayi itu, pada mulanya dibawa ke Pusat Perubatan Rahmania di Motihari, untuk rawatan sebelum doktor menemui kes perubatan luar biasa itu.

Doktor diberitahu bayi itu mengalami kembung perut hingga tidak dapat membuang air kecil dengan baik, sebelum doktor membuat pemeriksaan lanjut.

Dr Tabrez Aziz di pusat perubatan terbabit membuat imbasan Tomografi Berkomputer (CT) sebelum menemui janin yang berkembang di dalam perut bayi itu.

“Satu anomali (perubatan yang jarang berlaku) terbongkar di mana janin dilihat berkembang di dalam perut bayi berusia 40 hari.

“Ia dipanggil fetus dalam janin. Bayi itu sudah menjalani pembedahan dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya kepada agensi berita ANI.

Beliau berkata, bayi itu kini semakin pulih selepas menjalani pembedahan membuang janin berkenaan dan dibenarkan keluar dari hospital.

Leave a Reply