Thailand lapor kes pertama kes import Cacar Monyet

Hebahkan !!!

BANGKOK – Thailand melaporkan kes pertama cacar monyet yang menjangkiti seorang penumpang pesawat dari Eropah ketika transit di lapangan terbang antarabangsa di Bangkok.

Penumpang yang dalam perjalanan dari Eropah itu dilapor singgah kira-kira dua jam sebelum menyambung penerbangan ke Australia, menurut laporan Thai PBS World yang memetik kenyataan Jabatan Kawalan Penyakit Thailand.

Seramai 12 kru dan penumpang penerbangan yang berhubung rapat dengan pengembara yang dijangkiti itu kini telah dikuarantin di Thailand selama tujuh hari.

Kenyataan itu menambah bahawa tiada seorang pun daripada mereka setakat ini menunjukkan sebarang gejala yang boleh dikaitkan dengan cacar monyet.

Menurut Ketua Biro Epidemiologi Dr Chakkarat Pittawawongon, mereka akan diasingkan selama 21 hari bagi memastikan keselamatan.

Leave a Reply