Mengapa Muhyiddin berebut mahu jadi Perdana Menteri ketika kerajaan tidak stabil?

Hebahkan !!!

Apabila ada khabar angin seorang bekas Perdana Menteri yang kini berusaha untuk dipilih sekali dengan cubaan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada, timbul persoalan mengapa mereka suka cuba jadi Perdana Menteri dalam kerajaan yang tidak stabil.

Dengan membentuk kerajaan dari gabungan pelbagai aliran parti sesebuah kerajaan tidak akan stabil jika satu daripada parti dalam gabungan berkenaan tidak berpuas hati dan kemudian menarik sokongan kerajaan akan tumbang sekali lagi.

Maka akan berulanglah episod drama pemilihan Perdana Menteri melalui surat Akuan Bersumpah (SD) dan juga melalui menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk melihat siapa yang ada sokongan majoriti di dalam Dewan Rakyat untuk menentukan siapa jadi Perdana Menteri.

Rakyat sudah pasti muak dan terlalu penat dengan drama ini sejak ia bermula apabila Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2018, Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan selepas memegang jawatan selama 22 bulan.

Selepas itu negara menyaksikan pertukaran dua kali Perdana Menteri iaitu dari Mahathir kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kemudian kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ini.

Dengar cerita, Muhyiddin dakwa sudah ada 119 sokongan Ahli Parlimen sekarang ini untuk tumbangkan pula kerajaan Ismail Sabri dari parti UMNO.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu ada hati untuk jadi Perdana Menteri sekali lagi.

Mengapa tidak dicadangkan untuk diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dalam masa terdekat dan serahkan kuasa kepada rakyat untuk mengundi kerajaan baharu pilihan mereka dan kemudian jalankan pentadbiran negara dengan lancar dan stabil.

Kalau begini berulang beberapa kali tukar Perdana Menteri, sampai bila permainan menumbangkan kerajaan akan berakhir.

Adakah ada agenda tertentu berkaitan aset kerajaan yang mahu dijarah oleh mereka yang beriya-iya mahu jadi Perdana Menteri ketika kerajaan tidak stabil.

Jika begitu, hentikanlah niat sebaliknya terimalah cadangan untuk diadakan PRU dan kemudian terima keputusan dengan hati terbuka dan kemudian pentadbiran negara berjalan seperti biasa semula.

Elak berlumba-lumba hendak jadi Perdana Menteri dalam keadaan konflik kerana ia akan memberikan kesan buruk kepada ekonomi dan negara.

Leave a Reply