Lambat bubar Parlimen akan susahkan rakyat.

Hebahkan !!!

 

Tumpuan pemimpin menjaga kebajikan rakyat semakin berkurangan kerana pemimpin itu sendiri mahu jaga kedudukan nya.

Maka akibat nya, tiada banyak perkara boleh dapat dilaksana kan sebagai pemimpin untuk membuat dasar membantu rakyat kerana kedudukan pemimpin pun tidak stabil.

Selain itu, tiada dasar jangka pendek atau Panjang dapat di umumkan atau direncanakan oleh kerajaan kerana dalam kerajaan tiada parti yang dominan.

Ketika kerajaan Pakatan Harapan memerintah sekurang kurang nya DAP dominan dalam kerajaan dan dominan terhadap Tun Mahathir lalu banyak perkara dapat dilaksana kan , waima perkara yang tidak disukai oleh rakyat seperti penjualan aset dan sebagai nya.

Buruk atau baik namun tetap ada parti dominan.

Dalam kedudukan kerajaan hari ini, tiada siapa yang dominan.

Perdana Menteri pun tidak ada kuasa mutlak atau ‘prerogative” untuk bertindak kerana dia menjadi Perdana Menteri atas kompromi dan bukan atas sebab kerusi parti nya majoriti.

Rakyat sudah merana sekian lama semenjak Barisan Nasional tumbang dan haus kan satu bentuk kerajaan yang sangat kuat dan kukuh untuk membuat dasar dan polisi yang membawa manfaat kepada rakyat dan negara.

Lihat lah , sehingga hari ini. Kedudukan kerajaan masih bergolak.

Sikap menikam belakang masih diamalkan kerana kegilaan mahu kuasa.

Jika yang mahu kuasa itu datang dari parti yang menang banyak undi , tidak mengapa, namun yang sibuk mengatur kuasa adalah individu yang datang dari parti yang kalah dan ditolak oleh rakyat.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia ada lah parti yang ditolak oleh rakyat, namun pemimpin nya Muhyiddin Yassin masih bernafsu untuk menjadi Perdana Menteri.

Selepas pilihanraya ke14, PPBM hanya menang 12 kerusi Parlimen sahaja, namun atas tipu muslihat Tun Mahathir , telah berjaya mencuri jawatan Perdana Menteri dari Anwar Ibrahim.

Kini, tabiat itu cuba di sambung oleh Muhyiddin Yassin pula.

Dalam ketika Datuk Seri Ismail Sabri menguruskan negara sebagai Perdana Menteri, secara sulit Muhyiddin Yassin telah membuat kerja belakang tabir untuk mengumpul kuasa dan merampas jawatan Perdana Menteri dengan ‘numbers’ nya.

Pendedahan ini telah dibuat oleh beberapa tokoh dan pemimpin politik termasuk pemimpin parti WARISAN dan PEJUANG.

Sampai bila politik Negara akan terus bergolak dan tidak stabil?

Buat masa ini Rakyat mahu dengar pencerahan kerajaan berkenaan kesusahan mendapati bahan makanan mereka dan bukan berkenaan siapa ada cukup jumlah kerusi untuk menjadi Perdana Menteri.

Rakyat mahu tahu apa penyelesaian kementerian terhadap kenaikan bahan makanan dan kekurangan sumber bahan makanan.

Itu yang sangat mustahak dan bukan siapa yang cukup “numbers” untuk menjadi Perdana Menteri.

Paling menjijikkan adalah Muhyiddin Yassin orang yang diamanah untuk memulihkan negara dan dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan negara pula yang membuat onar menganggu kestabilan politik.

Sudah lah ringgit semakin susut nilai nya, ini pula jawapan Muhyiddin kepada masalah negara.

Jika benar mahu selesaikan masalah rakyat dan benar benar ada niat mahu menjaga rakyat, tunggu apa lagi, syor kan lah pembubaran Parlimen supaya rakyat boleh memilih sekali lagi.

Bagaimana Malaysia mahu hadapi “global issue” satu masalah yang melanda seluruh dunia, jika hal dalam kain pun tidak dapat diselesaikan.

Hari hari ada sahaja masalah ahli politik, dimana sepatut nya ahli politik yang mewakili rakyat bantu selesaikan , sebalik nya , mereka pula yang menjadi masalah dan beban.

Selesaikan masalah rakyat “once and for all” bubar Parlimen dan kembalikan kuasa kepada rakyat untuk memilih.

Leave a Reply